Adakah Ndumba Makeche Bakal Sertai Pasukan Pahang?

Di manakah pemain bernama Ndumba Makeche ketika ini?

Adakah beliau kini sudah bersama dengan pasukan baharu dengan beraksi di liga luar? Adakah beliau sudah menyertai ramai pemain terkenal dunia mula berhijrah ke Liga Indonesia ketika ini?

Jawapannya tidak.

Makeche kini merupakan seorang pemain free agent dan bakal menyertai beraksi dengan sebuah pasukan tak lama lagi.

Tapi pasukan apa?

Pahang berminat

Menurut sumber perisikan kami, Makeche kini berada dalam radar 2 pasukan Liga Malaysia atau lebih tepat pasukan di Liga Super.

Ketika ini, Makeche dikhabarkan sedang berada dalam radar pasukan Pahang dalam misi untuk menguatkan lagi barisan pemain yang sedia ada untuk menghadirkan saingan serius dalam misi merangkul kejuaraan Liga Super musim ini.

Namun bukankah Pahang kini sudah ada 4 pemain import?

Dikhabarkan Pahang kini mengintai untuk mendapatkan bekas pemain Felda United dan juga Sarawak bagi menggantikan khidmat pemain import dari Nigeria iaitu – Chinedu Bright Dike.

Bright Dike mungkin merupakan pemain yang beraksi di bawah par dalam kelompok pemain import Pahang berbanding pemain-pemain lain seperti Matheus Alves, Mahmadou Sumareh dan Heo Jae Won.

Namun begitu, Pahang menghadapi saingan daripada 1 lagi pasukan Liga Super iaitu Pulau Pinang.

Pulau Pinang yang terdesak mahu layak ke Piala Malaysia dan terus kekal di Liga Super sedang dalam misi untuk mencari pemain yang proven boleh beraksi dengan landskap bola sepak Malaysia.

Semestinya, Zainal Abidin Hassan mahu mendapatkan pemain yang sudah beraksi di Malaysia supaya pemain tersebut dapat memberikan hasil yang dimahukan?

Jadi adakah Makeche bakal ke Pahang atau Pulau Pinang? Atau beliau akan pergi ke pasukan lain? Sama-sama kita akan nantikan.

Baca juga: Schmelzer: “Tindakan Aubameyang Meraikan Gol Dengan Topeng Nike Memang Bodoh”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN