Nazrin Nawi: ‘Ubi’ Kelantan Berkualiti

Keputusan positif yang diraih dalam dua perlawanan persahabatan pra-musim mungkin boleh menjadi satu petunjuk bawa pasukan  Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2020 sekalipun mereka menyenaraikan lebih ramai pemain muda di dalam skuad utama pada musim ini.

Pemain sayap baharu The Red Warriors (TRW), Mohd Nazrin Mohd Nawi dalam kenyataannya kepada Sinar Harian memaklumkan beliau sangat optimis dengan kemampuan ‘ubi’ muda pasukan baharunya itu.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, beliau percaya pemain-pemain muda itu mampu untuk membawa cabaran pasukan menghadapi saingan Liga Premier yang akan bermla pada penghujung Februari nanti.

Kredit Foto: Kelantan FA

“Saya mengakui dapat merasakan aura berbeza apabila bermain di negeri kelahiran saya sendiri, terutamanya dibarisi pemain muda yang mempunyai kualiti dan mampu membawa pasukan TRW bersaing hebat, dengan pasukan lain.

“Mereka (pemain muda) mempunyai semangat luar biasa, sehingga mampu melakukan kejutan ke atas pasukan yang mempunyai nama besar pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan ia terbukti, ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super, Kedah minggu lalu, yang mana keputusan memihak kepada kami,” katanya lagi.

Nazrin Nawi yang dilahirkan di Tumpat selama ini tidak pernah bermain untuk pasukan negeri itu. Pasukan pertamanya selepas tamat pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil adalah UPB-MyTeam. Kemudian beliau bermain untuk pasukan KL Plus, Kuala Lumpur dan kemuncak kariernya adalah ketika bersama Negeri Sembilan pada 2012 hingga 2013.

Tambah pemain itu, selepas lebih 10 tahun berkelana di tempat orang, kini sudah sampai masa untuk beliau kembali mencurahkan berbakti di negeri kelahirannya sendiri.

“Semangat bermain untuk negeri kelahiran sangat berbeza, berbanding mewakili pasukan lain, oleh itu saya perlu menggunakan sepenuhnya pengalaman dan kemampuan yang dimiliki, bagi membalas kepercayaan pihak pengurusan pasukan dan peminat negeri Kelantan.

“Saya mempunyai sasaran peribadi musim ini, iaitu membantu pasukan kembali bersaing pada Liga Super selepas turun ke Liga Premier akibat prestasi tidak menentu,” katanya.

Dengan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi termasuk pernah mewakili skuad kebangsaan negara, Nazrin percaya beliau mampu untuk memberi bimbingan kepada pemain muda dan seterusnya membentuk persefahaman yang baik dalam pasukan.

Kredit Foto: Kelantan FA

“Aspek keserasian pasukan amat penting, kerana setiap pemain perlu membantu antara satu sama lain baik pemain muda mahu pemain berpengalaman.

“Begitu juga saya dan rakan sepasukan lain perlu cepat menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan oleh barisan jurulatih,” katanya.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN