Nazrin Nawi Milik Kelantan?

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih berteka-teki sama ada sudah berjaya ataupun tidak dalam mendapatkan khidmat bekas pemain Melaka United, Mohd Nazrin Nawi bagi menambah bisa serangan pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim 2020.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman telah pun mengesahkan minat pasukan terhadap pemain kelahiran Tumpat itu dan memaklumkan nama Nazrin Nawi berada dalam senarai pemain pasukan Kelantan yang akan diumumkan pada 15 Disember ini.

Sementara itu, sebuah portal media bebas The Red Warriors Malaysia pula telah mendedahkan Nazrin Nawi telah menjadi ‘bintang’ pertama yang berjaya dipancing oleh KAFA untuk musim depan.

Hasil maklumat daripada sumber dalaman pihak kelab, pihak KAFA telah merakamkan penghargaan kepada Nazrin Nawi yang sudi menabur bakti bersama negeri kelahirannya setelah sekian lama beraksi untuk beberapa pasukan lain sepanjang kariernya sebelum ini.

Husin dalam kenyataannya menyebut, KAFA sudah pun mengenal pasti beberapa pemain import dan tempatan lain untuk melengkapkan skuad The Red Warriors itu yang akan terus dibimbing oleh ketua jurulatih, Yusri Che Lah.

“Nazrin seorang pemain yang mempunyai kualiti cukup bagus dan beliau telah terjemahkan ketika berkasi bersama Negeri Sembilan, JDT, Perak dan Melaka United sebelum ini.

“Jadi kita harap, Nazrin dapat menggunakan segala pengalamannya itu untuk membantu TRW musim depan,” katanya.

Kelantan yang menamatkan saingan Liga Premier musim ini di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan terselamat dari penyingkiran. Namun pasukan itu agak bergelut untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN