Nazmi Faiz Menang Anugerah Gol Terbaik Mingguan Piala AFC

Tempoh hari, kami ada menyiarkan video mengenai pencalonan mengenai gol-gol terbaik mingguan buat Piala AFC.

Antara calon-calonnya adalah:

  • Adam Sawandi (Home United lawan Yadanarborn)
  • Kevin Ingreso (Ceres Negros lawan Hanoi FC)
  • Nazmi Faiz (Beoungkot Angkor lawan Johor Darul Ta’zim)
  • Pham Thanh Luong (Ceres Negros lawan Hanoi FC)

Hasil daripada undian atas talian di laman Facebook dan juga Twitter rasmi AFC menyaksikan keputusan telah pun dikeluarkan.

Keputusannya menyaksikan gol jaringan pemain JDT, Nazmi Faiz dipilih sebagai gol terbaik untuk minggu ini selepas menewaskan 3 lagi calon lain hasil bantuan dari anda semua.

Gol Nazmi terhasil selepas penjaga gol Beoungkot Angkor hadir dari posisi beliau untuk cuba menolak keluar bola lambungan dari jarak jauh oleh pertahanan JDT.

Namun tolakan beliau itu tidak cukup kuat apabila bola berjaya singgah di kaki Nazmi yang berada kira-kira 25 meter dari luar kotak penalti dan hasilnya satu rembatan dari luar kotak menghasilkan gol untuk JDT hasil sentuhan Nazmi.

Tahniah dari kami buat Nazmi diatas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang!

Baca juga: Skuad JDT Peroleh Jet Peribadi Baharu Untuk Kegunaan Pemain & Pegawai Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN