Pemain Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor telah pun dikena hukuman diatas tindakan beliau ketika perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia diantara JDT menentang Pahang tempoh hari.
Menurut Datuk Baljit Singh Sidhu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pihaknya telah meneliti rakaman video mengenai insiden yang berlaku pada perlawanan tempoh hari.
Dalam rakaman tersebut, Nazmi didapati melakukan kekasaran terhadap pemain Pahang ketika perlawanan yang menyaksikan Pahang layak ke separuh akhir menerusi kiraan agregat.
Selain daripada kekasaran, Nazmi juga didapati melakukan terjahan terhadap pemain lawan pada perlawanan tersebut.
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun membuat keputusan untuk menghukum Nazmi dengan perggantungan perlawanan berserta denda.
Nazmi didenda perggantungan 1 perlawanan berserta perlu membayar denda sebanyak RM 3 ribu.
Pemain tengah JDT itu bakal terlepas aksi perlawanan Liga Super menentang Melaka United yang bakal berlangsung pada 6 Mei 2017.
Beliau terlepas perlawanan tersebut kerana pasukan JDT tidak terlibat dengan peringkat separuh akhir Piala FA Malaysia. Jika terlibat, Nazmi perlu menjalani perggantungan perlawanan beliau pada perlawanan separuh akhir pertama.
Baca juga: Wenger: “Sanchez Tak Akan Keluar Arsenal, Kontrak Baharu Bakal Ditawarkan”