Naturalisasi: Tan Cheng Hoe Berminat Untuk Dapatkan Khidmat Michael Ijezie?

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi bagi meningkatkan kualiti skuad kebangsaan. Mekanisme itu terbahagi kepada 3 peringkat iaitu jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

Namun, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe seakan-akan sudah menjumpai calon pemain naturalisasi yang paling sesuai untuk mengisi posisi bahagian serangan iaitu pemain import daripada UKM FC, Michael Ijezie.

Difahamkan, beliau bersama wakil daripada barisan kejurulatihan skuad kebangsaan sudah menemui pemain berkenaan ketika aksi pusingan ketiga Piala FA diantara UKM FC menentang Protap FC kelmarin sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai pemilihannya sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh.

https://twitter.com/zulhilmibzainal/status/1113007395368628225

Mengulas mengenai pertemuan itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bagaimanapun mengakui tidak mengetahui tentang pertemuan tersebut dan menegaskan pihaknya perlu menyiasat dahulu latar belakang pemain terbabit sebelum memilihnya sebagai pemain naturalisasi.

“Saya tidak pasti dan tiada maklumat mengenai pertemuan itu. Apa pun ia bergantung kepada jurulatih pemain mana yang dikehendaki.

“Namun FAM akan selidik dulu seseorang pemain berkenaan termasuk latar belakang mereka. Kita mahu pastikan mereka tidak ada rekod yang tidak baik,” katanya dalam Berita Harian.

FOTO: UKM FC

Sebelum ini, pemain import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan bekas pemain import Kedah, Liridon Krasniqi disebut-sebut sebagai calon pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Stuart menjelaskan mereka perlu bekerjasama dengan kelab masing-masing jika berhasrat untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

“Kelab perlu bantu mereka mencapai hasrat mereka. Pemain seperti (Guilherme) De Paula, Liridon (Krasniqi) dan (Lee) Tuck perlu memaklumkan hasrat mereka itu kepada pihak kelab.

“Untuk De Paula dan Liridon, mereka hanya perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum boleh memohon, sementara untuk kes Lee Tuck, pihak kelab perlu membantunya. Kelab dan pemain mesti saling bekerjasama,” jelasnya.

“Ia juga akan memanfaatkan kelab tersebut kerana mereka akan kembali mendapat slot pemain import (selepas pemain tersebut dinaturalisasikan),” tambahnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN