Nasser Al-Khelaifi Kagum Dengan Karakter Luar Biasa Cristiano Ronaldo

Khelaifi

Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mendedahkan rasa kagumnya terhadap karakter dimiliki bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

Al-Khelaifi, ahli perniagaan kelahiran Qatar yang juga merupakan Pengerusi beIN Media Group menyebut pemain kelahiran Funchal, Portugal itu mempunyai kekuatan karakter luar biasa serta mampu menjadi contoh kepada atlet lain di seluruh dunia.

Kegigihan dan keazaman tinggi ditampilkan Ronaldo dalam memperbaiki diri sememangnya tidak boleh dinafikan jika kita menyoroti permulaan kariernya di Portugal dan kemudiannya berhijrah ke Manchester United sehinggalah ke hari ini.

Namun, pujian yang diberikan Al-Khelaifi itu pasti sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi adakah beliau berminat untuk menguatkan PSG dengan kehadiran penerima anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Embed from Getty Images

”Saban tahun, dia telah menunjukkan kegigihan yang begitu unik, dengan kekuatan karakter yang luar biasa,” menurut sumber laporan dikeluarkan Goal.

”Dia tetap bermotivasi tinggi untuk meningkat dari hari ke hari dan sentiasa berusaha keras.”

”Saya mengagumi keinginannya yang tanpa henti berusaha. Dia adalah contoh yang hebat buat para atlet di masa hadapan,” ujar Nasser Al-Khelaifi lagi.

Ronaldo yang sudah 19 tahun ‘menghambakan’ dirinya terhadap bola sepak, telah melakukan 838 penampilan dengan menjaringkan 626 gol dalam semua pertandingan yang disertai di peringkat kelab.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN