Nasrullah Aziz Lulus Ujian Pertama Kawal Gawang Perak

Nasrullah

Penjaga gol ketiga Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz dilihat pantas membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya selepas menampilkan persembahan bertenaga dalam membantu skuad ‘Yob’ menumpaskan Kedah 3-1 pada aksi Unity Shield 2020, malam tadi.

Nasrullah yang mesra disapa ‘Ayoi’ dalam kalangan rakan sepasukannya itu mendapat peluang keemasan tersebut selepas Perak kehilangan khidmat Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Khairul Amri Salehuddin yang kini sedang mengalami kecederaan.

Aksinya dalam menangkis beberapa asakan menarik terutamanya daripada Kpah Sherman dan Baddrol Bakhtiar serta percubaan padu diledakkan Renan Alves nyata mendapat pujian para penyokong Perak.

Selain daripada bimbingan jurulatih penjaga gol, Mohd Faozi Mukhlas, Nasrullah ketika dihubungi wakil Semuanya BOLA turut mengakui Hafizul dan Khairul Amri banyak memberikan nasihat kepadanya bagi menghadapi perlawanan di Stadium Perak itu.

”Di minda saya pada perlawanan semalam hanya untuk memberikan yang terbaik selepas diberikan kepercayaan oleh ‘coach’.”

”Tidak dapat dinafikan memang saya sedikit gugup kerana ini merupakan perlawanan pertama saya. Tetapi ia tidak menghalang saya untuk berusaha bagi memberikan yang terbaik.”

”Dua senior saya [merujuk kepada Hafizul Hakim dan Khairul Amri] banyak berkongsikan tips berguna kepada saya. Mereka banyak memberikan nasihat dari segi permainan, ketenangan dalam padang dan sebagainya,” ujar pemain kelahiran Bagan Datoh itu.

Dalam pada itu, Nasrullah juga mengakui pengalaman berharga buatnya dalam menghadapi kombinasi penyerang berkualiti di Liga Malaysia seperti Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

”Seperti kita semua ketahui, Sherman dan Kipre memang penyerang yang cukup baik dan begitu berbisa di hadapan gol. Bagi saya ia adalah pengalaman yang cukup baik buat saya berdepan dengan penyerang lincah dan berbisa seperti mereka berdua.”

Kredit foto: Arena Seladang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN