NASL Tangguh Perlawanan Kerana Taufan Irma

Taufan Irma sudah membadai sebahagian kawasan di sekitar Florida yang menyebabkan ratusan penduduk sudah meninggalkan kediaman masing-masing mencari tempat berteduh. Gabenor Florida, Rick Scott juga telah mewartakan darurat di negeri itu.

Pengurusan North American Soccer League (NASL) mengambil langkah proaktif dengan menangguhkan perlawanan San Fransisco Deltas menentang Miami pada Sabtu. San Fransisco menjadi tuan rumah pada perlawanan tersebut.

Selain itu, perlawanan antara Jacksonville Armada menentang Indy Eleven juga menerima notis penangguhan. Ini berikutan cuaca yang tidak menentu di sekitar kawasan Jacksonville.

Faktor penangguhan

Pengurusan NASL menangguhkan perlawanan Miami itu bagi memberikan peluang pemain serta anggota pengurusan kelab bersama keluarga di saat genting ini.

Menurut pengurusan NASL, mereka prihatin dengan keselamatan dan kebajikan pemain, jurulatih, penyokong serta keluarga mereka. Mereka juga mengharapkan semua yang terlibat selamat dalam bencana alam ini.

Penangguhan awal

Sebelum dua penangguhan ini, perlawanan Puerto Rico menentang New York Cosmos juga telah diarahkan ditangguhkan ke suatu tarikh lain. Ini juga disebabkan Puerto Rico juga menerima ancaman taufan Irma secara serius.

Langkah menangguhkan perlawanan sukan disebabkan bencana amatlah dipuji dan berperikemanusiaan. Kami mengharapkan para penduduk sekitar Florida dan negeri sekitarnya tabah dan bersabar di atas ujian yang berlaku.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN