Kapten Terengganu FC, Lee Tuck sudah meninggalkan pasukan dan kini, pengendali, Nafuzi Zain sedang memikirkan pengganti yang sesuai untuk memimpin skuadnya.
Walaupun mahu kekal, akhirnya Lee Tuck terpaksa menerima takdirnya apabila kontraknya tidak dilanjutkan oleh pihak pengurusan. Lee Tuck sudah sah menyertai sebuah lagi pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC untuk saingan musim hadapan.
Mereka juga melepaskan seorang lagi tonggak pasukan, Sanjar Shaakhmedov yang turut dilihat memiliki sifat kepimpinan. Jadi, siapakah calon kapten Terengganu kini?
Semuanya BOLA melihat kepada dua pemain yang mungkin boleh dipertimbangkan Terengganu iaitu Nasir Basharudin dan pemain import baharu, Petrus Shitembi.
Rombakan besar-besaran melihatkan majoriti pemain yang membarisi skuad yang bakal bersaing di saingan Piala AFC 2021 itu adalah pemain muda. Hanya beberapa pemain senior dilihat kekal berada dalam pasukan antaranya Nasir Basharudin.
Adakah bekas kapten Perak itu bakal dilantik sebagai kapten baharu buat Terengganu? Segalanya berkemungkinan walaupun pada musim lalu, Nasir Basharudin hanya tampil 452 minit daripada lapan penampilannya bersama skuad Sang Penyu.
Nasir Basharudin memimpin Perak untuk musim 2014 hingga 2016, sebelum Shahrom Kalam mengambil alih untuk semusim. Beliau kembali dilantik sebagai kapten pada musim 2018, sebelum lilitan kapten diberikan kepada Shahrul Saad sehingga kini.
Antara pencapaian terbaiknya sebagai kapten Perak adalah kejuaraan Piala Malaysia 2018 dan turut cemerlang menutup saingan Liga Super di kedudukan kedua.
Ivory Coast🇨🇮 vs 🇳🇦Namibia
📍Group D
📆1 July
⏰16:00 GMT
🏟30 June Stadium
🏁Peter Waweru 🇰🇪
📺@SuperSportTV SS4(SA), SS7(ROA)Key Players
🇨🇮
Nicolas Pepe
Jean Seri
🇳🇦
Manfred Starke
Petrus ShitembiPrevious AFCON Meetings
1998 🇨🇮 4 : 3🇳🇦 pic.twitter.com/C0cfUEkYB3— AfricaFootballClassics (@AfricaClassic) July 1, 2019
Calon kedua yang dilihat boleh dipertimbangkan sebagai kapten Terengganu musim depan adalah pemain import baharu, Petrus Shitembi. Beliau hadir dengan reputasi besar iaitu kapten skuad kebangsaan Namibia dan memiliki 60 kaps. Malah, beliau memimpin pasukan tersebut dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika tahun lalu.
Pemain yang digelar ‘The Dancing Shoes’ itu juga mampu mengatur permainan, selain dikatakan boleh melakukan tugasan bertahan bersama barisan benteng. Bercakap sebelum ini, beliau telah berkata, “Kemasukan kami sebagai tonggak import sudah pasti untuk berkongsi pengalaman dengan barisan pemain muda berbakat ini.”
Menurut Nafuzi Zain yang bercakap kepada media semalam, calon kapten Terengganu akan ditentukan dalam masa terdekat selepas semua pemain menyertai pasukan. Katanya, “Kita mempunyai pemain yang berpengalaman dalam kepimpinan, sama ada pemain import atau tempatan, jadi kita akan tengok siapa yang sesuai.”
Jadi, antara Nasir Basharudin dan Petrus Shitembi, siapa yang bakal menambat hati Nafuzi Zain atau penyokong Terengganu melihat ada calon lain yang sesuai?
KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC
Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC:
Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?
RASMI: 3 Perkara Tentang Pemain Baharu Terengganu FC, Carli de Murga