Nasir Basharudin & Ariff Fadzilah Yakin Terengganu Jadi Pencabar Liga Super 2020

Pasukan Terengganu Football Club (TFC) baru sahaja mengumumkan mereka menandatangani 2 pemain baharu iaitu Mohamad Nasir Bin Basharudin dan Mohammad Arif Fadzilah bin Abu Bakar.

2 pemain tersebut dibawa masuk oleh TFC bagi menguatkan pasukan Terengganu pada musim hadapan.

Majlis pengumuman kedua-dua pemain berlangsung di Pejabat Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan turut dihadiri oleh pengendali pasukan TFC, Mohd Nafuzi bin Mohd Zain.

Nasir Basharudin yang juga bekas ketua pasukan Perak FA dan pemain kebangsaan ini yakin dengan skuad yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain mampu untuk mencabar kejuaraan pada musim hadapan walaupun diberitakan skuad TFC akan dibarisi oleh ramai pemain muda pada tahun 2020.

Ianya bukan satu masalah apabila beraksi bersama pemain muda kerana pemain-pemain muda yang berada dalam skuad TFC mempunyai kualiti yang baik dan hanya memerlukan minit bermain dan pengalaman untuk menjadikan mereka lebih matang terutama apabila beraksi menentang pasukan-pasukan gergasi di Liga Super.

Arif Fadzilah juga bukan nama asing bagi penyokong di negeri Terengganu. Ini kerana beliau pernah beraksi bersama pasukan T-Team FC.

Arif juga yakin prestasinya akan meningkat apabila berada di bawah kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan sememangnya target beliau untuk membantu pasukan TFC untuk mencabar kejuaraan pada musim hadapan.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain turut menyatakan bahawa beliau gembira kedua-dua pemain ini menyertai TFC.

Kedua mereka berpengalaman luas dalam kancah bolasepak Malaysia dan kehadiran Arif diharap dapat memperkemaskan barisan pertahanan TFC manakala kehadiran Nasir Basharudin diharap dapat mengukuhkan lagi jentera tengah pasukan dalam mengharungi perlawanan musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN