Nasib Tan Cheng Hoe Akan Diketahui Pada Januari Tahun Depan

Meskipun Malaysia hanya bergelar naib juara Piala Suzuki AFF selepas tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berjaya melepasi  petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu mara ke final.

Namun begitu, status beliau selaku ketua jurulatih negara akan diketahui pada bulan Januari depan selepas kontraknya tamat pada 31 Disember 2018.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi, memberi bayangan positif mengenai kedudukan Cheng Hoe dan meramalkan beliau akan dikekalkan untuk menghadapi tugasan yang lebih besar.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan memutuskan kedudukannya (Cheng Hoe) selepas ini. Mesyuarat itu dijangka diadakan pada awal Januari depan.

“Pihak jawatankuasa tetap akan menilai keseluruhan perlawanan dibawa Tan Cheng Hoe. Selain itu, kita akan membincangkan perkara yang perlu ditambah baik mengenai prestasi skuad kebangsaan.

“Bukan soal kontrak sambung atau tidak, paling penting adalah memperbaiki kelemahan pasukan kebangsaan,” katanya dalam Stadium Astro.

Mohd Yusoff turut terharu dengan sokongan peminat bola sepak tempatan kali ini yang disifatkan sangat luar biasa walaupun pasukan negara tidak dapat menjulang Piala Suzuki AFF 2018.

“Saya percaya penyokong datang kerana menghargai permainan ditunjukkan pasukan kebangsaan. Walaupun kalah, pemain telah bermati-matian untuk memenangi perlawanan, namun nasib tidak menyebelahi mereka,” katanya.

Tan Cheng Hoe bawa dimensi permainan yang berbeza

Cheng Hoe mula mengambil alih sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya daripada Nelo Vingada pada penghujung tahun lalu dan dalam masa setahun, nampaknya Malaysia tampil dengan perubahan drastik.

Cheng Hoe berjaya menerapkan corak permainan yang berbeza dalam skuad kebangsaan.

Tiada lagi clueless longball dan kerap hilang penguasaan bola, anak didik Cheng Hoe tampil dengan penguasaan setiap perlawanan kecuali ketika saingan separuh akhir kedua di Bangkok.

Ramai yang sepakat menjangkakan perjalanan skuad ini akan berakhir di peringkat separuh akhir. Malah, ada juga sebilangan kecil yang sinis skuad ini bakal tersingkir di peringkat kumpulan.

Walaupun gagal mengakhiri ceritera menakjubkan ini dengan kejuaraan, kejayaan melangkah ke pentas akhir dengan gaya permainan yang sangat baik juga adalah satu petanda positif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN