Nasib Pengendali Indonesia Masih Belum Diketahui, Minat Sertai Liga-M?

Nasib pengendali Indonesia, Shin Tae-yong sehingga kini masih lagi belum diketahui jika beliau akan terus kekal bersama negara tersebut, atau kontraknya akan ditamatkan segera.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), setakat ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masa depan pengendali dari Korea Selatan itu bersama Sang Garuda.

Tae-yong yang gagal membawa Indonesia mara ke final Piala AFF 2022 jelas dikritik oleh segelintir penyokong sana kerana aksi hambar ditampilkan beliau bersama pasukan tersebut jelas dapat dilihat, terutama ketika bertemu Vietnam.

Antara kritikan yang jelas terarah kepada taktikal permainan beliau yang mudah dibaca serta sangat tumpul di bahagian serangan, sehingga beberapa peluang terbuka gagal disudahkan barisan depan Indonesia.

Tambahan pula, Indonesia kini kekal ketandusan untuk meraih gelaran juara, selepas kali terakhir mereka hampir mendapatkannya pada musim lalu sebelum tewas di tangan Thailand.

Menurut CNN Indonesia, walaupun nasib Tae-yong bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang belum diteruskan, sudah ada kelab tempatan di san menyimpan minat untuk mendapatkan beliau.

Hasrat itu diluahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSIS Semarang iaitu Yoyok Sukwi yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia dengan menyatakan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Tae-yong.

“Kalau kontrak Tae-yong bersama Indonesia sudah ditamatkan, kami sangat tertarik untuk mendapatkan khidmat beliau bersama pasukan.

“Walaupun begitu, kami tetap menyokong beliau jika kontraknya masih dipanjangkan lagi untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Kalau kita lihat nasib Indonesia dalam saingan Piala AFF sebelum ini, umpama alam pun tidak membenarkan kita menjuarainya.

“Jadi, adalah sesuatu yang sangat tidak wajar jika ingin meletakkan semua kesalahan tersebut di bahu Tae-yong seorang sahaja,” jelas Yoyok.

https://twitter.com/radartasik/status/1615016150231916545?s=46&t=_We3BSVyYkEz_-cFCzfqJA

Namun jika difikirkan semula, sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk PSSI menamatkan kontrak Tae-yong memandangkan beliau sudah memberi segalanya terbaik kecuali Piala AFF.

Selain kejayaan membawa Indonesia mara ke saingan Piala Asia secara merit, ranking pasukan tersebut juga semakin meningkat seiring bersama corak permainan ditampilkan sejak beberapa tahun ini.

Jika kontraknya tamat, pastinya bukan sahaja PSIS Semarang menyimpan minat untuk mendapatkannya, malah beberapa pasukan di rantau Asia Tenggara lain juga akan turut memerhatikan situasi semasa Tae-yong.

Untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M), segalanya tiada yang mustahil selepas Kelantan telah pun menandatangani jurulatih berprofil tinggi dari Korea Selatan musim ini.

Mendapatkan pengendali dari Korea Selatan mungkin agak mahal, namun ianya dilihat sangat berbaloi selepas kualiti mereka jelas menyerlah di Asia Tenggara.

Lihat sahaja Kim Pan-gon dan Park Hang-seo yang sudah pun membuktikan segalanya buat pasukan masing-masing menerusi peningkatan dari segi corak permainan serta disiplin ditampilkan.

Persoalannya jika jodoh Tae-yong bersama Indonesia tidak kekal, adakah mana-mana kelab tempatan berani membuat pelaburan untuk mendapatkan beliau dalam khidmat kejurulatihan?

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN