Nasib Pemain Kedah Lebih Teruk Berbanding Pekerja Asing

Nasib pemain Kedah Darul Aman (Kedah) kini boleh dianggap cukup teruk apabila mereka masih mengalami tunggakan gaji berbulan-bulan lamanya dan masih belum dilunaskan walau tahun 2025 bakal menjengah tidak lama lagi.

Entah dimana silapnya apabila pasukan itu terus dirundung isu kewangan yang cukup teruk dan berkemungkinan besar tidak akan mampu bertahan dengan lebih lama pada masa hadapan.

Menerusi sumber kami pernah kongsikan dulu, ada pemain yang sebenarnya langsung tidak mengetahui berapa amaun gaji bulanan mereka selain hanya menerima sebahagian kecil kadangkala daripada pihak pengurusan.

“Kira tahun ni ada pemain yang masih belum merasai gaji bulanan. Mereka sendiri tak tahu berapa amaun sepatutnya diterima. Pemain dibayar seribu atau dua ribu ringgit pada beberapa perlawanan sahaja.

“Paling banyak mungkin lima ribu ringgit, itu pun sekali sahaja. Selebihnya satu atau dua ribu ringgit sahaja. Itu pun pada aksi-aksi tertentu.

“Ada lagi teruk, pihak bertanggungjawab itu tidak kisah jika pemain tak turun latihan sekali pun, asalkan mereka datang pada hari perlawanan dah cukup,” kata sumber tersebut.

Menerusi perkongsian terbaharu Harian Metro, sesetengah pemain Kedah seolah ditipu oleh pihak bertanggungjawab daripada segi pembayaran sebagai imbuhan untuk hadir pada hari perlawanan.

EKSKLUSIF: Pendedahan Menyayat Hati Bola Sepak Dari Negeri Kedah

“Berkenaan gaji tertunggak lapan bulan itu, memang betul itu terjadi. Sudah nak masuk 2025, tapi kami masih tidak merasa gaji bulan (bayaran penuh) lagi. Tak tahu nak cakap macam mana dah, teruk sangat dah sekarang.

“Kadang-kadang mereka bagi sedikit duit antara RM 1000-RM 3000 untuk beli barang dapur, bayar motor. Tapi untuk bayar rumah dan kereta mana lepas dengan jumlah itu.

“Itu pun kalau ada perlawanan, baru nak bagi. Kadang-kadang hari perlawanan pun tak dapat apa-apa langsung. Ini semua ujian untuk kami hadapi perkara ini,” kata pemain itu lagi.

Jika dilihat pada situasi tersebut, Harian Metro turut menyifatkan nasib pekerja asing yang bertugas selama 12 jam lebih beruntung kerana memperoleh gaji daripada majikan jika dibandingkan para pemain Kedah.

Selain Sang Kenari, ada beberapa lagi kelab saingan Liga Malaysia (Liga M) dilaporkan turut mengalami krisis kewangan yang saban hari makin meruncing.

Kelantan Darul Naim (KDN) antara nama kelab yang popular kini di media sosial ekoran mereka juga dikatakan mengalami isu tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN