Pengendali berpengalaman iaitu Datuk Ong Kim Swee tampil dengan nasib tidak begitu baik selepas beberapa minggu di Indonesia bersama pasukan baharu bawah kendaliannya kini iaitu Persis Solo.
Terdahulu, Kim Swee secara rasminya tidak lagi bersama Sabah untuk mengharungi baki Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 setelah kontrak beliau tamat pada bulan November.
Aksi terakhir beliau ketika Sabah menewaskan PT Athletic di pentas Piala Malaysia lalu menjadi detik manis ditinggalkan Kim Swee buat para peminat pasukan itu yang rata-rata menghormati pemergian jurulatih tersebut.
Bersama Persis Solo, terlalu banyak perkara perlu diperbaiki beliau selain ianya menjadi cabaran baharu buat jurulatih itu untuk mengembangkan karier beliau dalam dunia kejurulatihan.
Dan cabaran itu kini dianggap sangat getir setelah Kim Swee gagal menghadiahkan sebarang kemenangan sulung selepas mengharungi lima perlawanan domestik buat pasukan tersebut.
Catatan Kim Swee di saingan utama negara itu menyaksikan beliau hanya merekodkan tiga kali keputusan seri serta dua kekalahan untuk berada di tangga ke-16 daripada 18 pasukan bertanding.
Pertajam fokus dan persiapan hadapi laga di depan. 🧠🎯#SaniaxPERSIS | #LaskarSambernyawa pic.twitter.com/fCWSeMlYsh
— PERSIS (@persisofficial) December 26, 2024
Aksi terbaharu menyaksikan Persis Solo merekodkan kekalahan 0-2 di tangan Dewa United ketika aksi berlangsung di gelanggang lawan iaitu Stadium Pakansari.
Statistik semasa Persis Solo boleh dianggap cukup menyedihkan dan kehadiran Kim Swee dilihat masih belum mengubah apa-apa untuk melonjakkan mereka kepada kedudukan lebih baik.
16 perlawanan, 2 kekalahan, 4 seri, serta 10 kekalahan direkodkan Persis Solo dan mereka berada pada zon berbahaya untuk tersingkir ke saingan divisyen kedua musim hadapan.
Untuk aksi seterusnya pada malam esok, Kim Swee bakal menghadapi cabaran Persib Bandung yang rianggap satu lagi cabaran cukup getir buat bekas pengendali Harimau Malaya itu.
Suka atau tidak, Persis Solo perlu mengelak daripada sebarang kekalahan serta sekurangnya meraih satu mata berdepan kelab gergasi Indonesia tersebut.
Malah, Kim Swee juga sudah tentu memikirkan strategi paling ampuh untuk menghadapi lawan tersebut kerana sedikit kesilapan mereka pastinya akan terus keciciran mata lagi.
𝗟𝘂𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗖𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 💺🗣️
Rekam luapan semangat dari para penggawa dan tim kepelatihan dari pinggir lapangan pada laga kontra PSBS Biak.
Saksikan 𝘉𝘦𝘯𝘤𝘩 𝘈𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 di PERSIS TV. 📺#FreeFirexPERSIS | #LaskarSambernyawa pic.twitter.com/WVjzzhtKRL
— PERSIS (@persisofficial) December 19, 2024
Kami di Semuanya BOLA berharap Kim Swee mampu untuk terus kekal cemerlang dalam rekod kejurulatihan beliau dengan perlahan-lahan memperbaiki kembali struktur permainan Persis Solo.