Nasib Berbeza Diterima Kelab Wakil Itali Dalam Saingan Liga Europa

Itali
Luis Enrique ahead of decisive clash with Man City: 'We are ready' Loading official content
Luis Enrique ahead of decisive clash with Man City: 'We are ready'
The Paris Saint-Germain head coach sees the crucial Champions League meeting against Manchester City with optimism. Luis Enrique feels his squad is well prepared and believes the fans will be important at the Parc des Princes.
0 seconds of 40 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Haaland feels like home at Man City: 'I didn't think about 115 charges'
00:49
00:00
00:40
00:40
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Haaland feels like home at Man City: 'I didn't think about 115 charges' Kane, Musiala & Co. at the final training session before Feyenoord Arteta provides injury updates on Saliba and Saka and the returns for Dinamo clash Luis Enrique and Pep Guardiola’s reunion Pitchside Angle: Lilipaly's double thumps Arema Abdukodir Khusanov explains why he chose Man City Yildiz with a skilful finish in the Derby della Mole Khvicha Kvaratskhelia's first training session at PSG Top Three Saudi League Goals of the Week Foden praises connection with De Bruyne and Doku Behind the scenes: Kvaratskhelia's exciting first day at PSG Lihat lebih video Paris Saint-Germain di OneFootball

Empat kelab Itali iaitu SSC Napoli, Lazio, Atalanta dan AC Milan layak untuk beraksi dalam saingan 32 pasukan terbaik di Liga Europa musim ini.

Napoli kini sedang menghuni teratas Serie A manakala Lazio ditempat ke-5 dan AC Milan dan Atalanta menduduki tangga ke-7 dan 8.

Namun, nasib berbeza diterima selepas Napoli, Atalanta dan Lazio gagal untuk mencari kemenangan apabila tewas bertemu lawan masing-masing tetapi tidak buat AC Milan yang menang selesa 3-0 di tempat lawan.

Ludogorets Razgrad (0) lawan AC Milan (3)

AC Milan yang semakin menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan empat kemenangan dalam enam perlawanan liga bertandang ke Bulgaria dengan moral terbaik untuk memperoleh kemenangan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada babak pertama untuk memburu jaringan pendahuluan. Ternyata nasib lebih menyebelahi pasukan pelawat yang dibimbing Gennaro Gattuso setelah berjaya mencipta jaringan pada minit akhir babak pertama.

Jaringan tersebut menjelma selepas hantaran lintang dari Hakan Calhanoglu berjaya ditanduk masuk oleh Patrick Cutrone bagi menewaskan Renan di gawang Ludogorets.

Ricardo Rodriguez menyempurnakan sepakan penalti bagi jaringan kedua buat AC Milan pada minit ke-64 sebelum Fabio Borini menyumbang gol ketiga pada minit ke-90.

SSC Napoli (1) lawan RasenBallsport Leipzig (3)

Selepas gagal menyinar dalam Liga Juara-Juara Eropah, pendahulu Serie A yang hanya tewas sekali dalam saingan liga terus gagal memberikan prestasi serupa seperti aksi domestik apabila kecundang ditangan kelab Jerman itu.

Napoli bagaimanapun berjaya di depan pada minit ke-52 selepas Adam Ounas melakukan rembatan dari sebelah kanan pintu gol Leipzig.

Jaringan tersebut sebaliknya jelas meningkatkan semangat anak buah Ralph Hasenhuettl untuk menjaringkan tiga jaringan. Timo Werner menghasilkan dua jaringan manakala satu lagi gol menerusi Bruma.

Borussia Dortmund (3) lawan Atalanta (2)

Atalanta pula terpaksa akur dengan kehebatan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Signal Iduna Park.

Dua jaringan yang dihasilkan Josip Illicic masih belum cukup untuk menghalang kemenangan Dortmund yang menjaringkan tiga gol menerusi Michy Batshuayi (2 gol) dan Andre Schuerrle.

FC FCSB (1) lawan Lazio (0)

Sementara itu Lazio turut menerima nasib yang sama seperti Napoli selepas tewas 1-0 keatas wakil dari Romania itu di Arena Nationala.

Walaupun sedikit menguasai permainan, Lazio yang dibimbing Simone Inzaghi terpaksa akur dengan jaringan tunggal yang dihasilkan oleh Harlem-Eddy Gnohere pada minit ke-29 perlawanan.

Foto: Daily Mirror

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN