Napoli dan Chelsea mungkin akan terlibat dalam satu lagi perpindahan pemain. Chelsea sebelum ini mengumumkan pembelian Jorginho dan penebusan kontrak Sarri dari Napoli.
Kini The Blues dikatakan mahu mendapatkan Koulibaly dari Napoli. Chelsea sebelum ini pernah gagal mendapatkan Koulibaly dalam beberapa bidaan mereka lancarkan di bawah Antonio Conte.
Napoli ketika itu meminta £50 juta dan Chelsea merasakan angka itu terlalu mahal.
Napoli menyatakan mereka tiada masalah melepaskan pemain itu kepada Chelsea jika kelab tersebut masih Mahukan Koulibaly. Namun dengan syarat harga diletakkan mereka dipenuhi. Napoli memuji Chelsea dalam perpindahan Jorginho.
Ini selepas Chelsea menawarkan angka lebih tinggi kepada Napoli dan secara peribadi kepada Jorginho berbanding dengan Man. City
Manchester city jelas tak gembira dengan cara Napoli. Ini kerana sebelum itu mereka sudah menyatakan persetujuan untuk menjual Jorginho ke Man. City.
Koulibaly adalah pemain bek tengah kental yang memiliki kemampuan untuk mengolah gerakan dari bawah dengan kualiti hantaran.
Napoli memberitahu, Chelsea perlu membayar £80 juta untuk Koulibaly jika mereka Mahukan pemain itu. Koulibaly menjadi pemain utama dalam skuad Maurizio Sarri ketika mereka bekerjasama di Napoli.
Chelsea kini sedang aktif dalam bursa perpindahan selepas menyelesaikan isu pengurus mereka. Persoalan yang menarik kini, adakah Koulibaly dan Sarri akan bersatu semula?