Napoli Kekal Di Persada Liga, Lakar Rekod Baru Serie A

Napoli

Selepas berjaya mencatatkan rekod kelab apabila meraih sepuluh kemenangan berturut-turut (5 perlawanan terakhir musim lalu dan 5 perlawanan terawal musim ini) dalam saingan Serie A pada bulan lalu, Napoli sekali lagi melakar rekod tersendiri.

Kejayan yang baru dicipta ketika menang keatas Cagliari lebih bermakna kerana berjaya menjadi kelab pertama dalam saingan Serie A menang dalam 7 perlawanan terawal liga dengan menghasilkan 25 jaringan.

Napoli menumbangkan Cagliari 3-0 pada perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu di Stadio San Paolo yang merupakan stadium keramat buat mereka. Marek Hamsik, Dries Mertens dan Kalidou Koulibaly meletakkan nama selaku penjaring buat skuad bimbingan Maurizio Sarri itu.

Napoli berjaya menghasilkan 25 jaringan setakat ini dan menjadi pendahulu liga yang mencatatkan jaringan kedua terbanyak dibelakang Paris Saint-Germain yang sudah mencetak 27 gol. Namun gergasi Perancis itu sudah beraksi 8 perlawanan, lebih satu perlawanan berbanding Napoli.

Statistik jaringan itu melibatkan pendahulu liga di Itali, Perancis, Jerman (Borussia Dortmund – 21 gol), Sepanyol (Barcelona – 23 gol) dan England (Manchester City – 22 gol ).

Dries Mertens kini merupakan penjaring terbanyak buat Napoli apabila berjaya menghasilkan 8 gol setakat ini.

Pada musim 2013-14, AS Roma berjaya mencatatkan 10 kemenangan berturut-turut pada perlawanan terawal, namun kelab tersebut hanya mampu menjaringkan 20 gol selepas 7 perlawanan.

Keadaan ini yang membuatkan Napoli berjaya mencipta rekod baru buat Serie A.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Juventus terlepas peluang untuk terus memberikan tekanan kepada Napoli ditangga teratas apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 keatas Atalanta.

Juventus yang mendahului dengan dua jaringan pada satu ketika, terpaksa menelan kepahitan apabila bintang muda, Paulo Dybala gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan untuk sekadar membawa pulang satu mata dari tempat lawan itu.

Pasukan Gli Azzurri itu kini mengutip 21 mata, 2 mata meninggalkan Juventus di tempat kedua manakala Inter Milan yang turut berkongsi 19 mata dengan juara liga 6 tahun berturut-turut tersebut dan hanya dipisahkan dengan defisit jaringan untuk berada di tempat ketiga.

Sumber :

ESPN FC (2017) – http://www.espnfc.com/italian-serie-a/story/3218457/napoli-alone-in-first-after-juve-held-roma-beat-ac-milan-inter-in-third

BBC (2017) – http://www.bbc.com/sport/football/41461069

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN