Napoli Ancam Turunkan Pemain Muda Ketika Lawan Juventus Sebagai Tanda Boikot Pengadil

Napoli nampaknya bakal memboikot perlawanan kedua separuh akhir Coppa Italia selepas mereka rasakan telah ‘dirompak’ oleh pengadil ketika perlawanan pertama.

Dalam perlawanan tersebut, Juventus menang 3-1 dengan Paulo Dybala menjaringkan 2 gol menerusi sepakan penalti.

Napoli mengancam untuk meletakkan pemain muda dalam perlawanan kedua sebagai tanda boikot selepas mereka merasakan keputusan daripada pengadil Paolo Valeri sebagai “merosakkan bola sepak Itali”.

Pemain Napoli mengerumuni pengadil selepas penalti diberikan kepada Juventus.

2 keputusan kontroversi

Valeri memberikan 2 penalti pada separuh masa kedua yang dirasakan oleh pihak Napoli sebagai “cukup meragukan”.

Pertama adalah penalti yang melibatkan Dybala bersama-sama Kalidou Koulibaly yang dimana Koulibaly melakukan sedikit sentuhan kepada Dybala.

Kemudiannya Juan Cuadrado dijatuhkan sekali lagi selepas pengadil mengatakan beliau dijatuhkan oleh penjaga gol – Pepe Reina.

Namun begitu, Datuk Bandar Naples Luigi De Magistris merasakan penalti kedua untuk Juventus itu terlalu mudah untuk diberikan.

“Hari ini di Turin kami sekali lagi dikalahkan dengan ketidakadilan pengadil. Jika dilihat semula ulang tayang di televisyen, sebenarnya Reina sudah tangkap dahulu bola.”

Selain itu juga, pihak Napoli merasakan mereka juga patut dianugerahkan penalti selepas Raul Albiol dijatuhkan dalam kotak penalti.

Napoli bakal menjadi tuan rumah kepada Juventus pada aksi kedua separuh akhir Coppa Italia.

Pemenang antara kedua-dua kelab tersebut akan bertemu pemenang sama ada Lazio atau Roma di perlawanan akhir.

Baca juga: Luis Enrique: “Terima Kasih Barcelona, Saya Akan Pergi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN