Nama bintang baharu bola sepak Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Danial Tarmizi secara tiba-tiba riuh diperkatakan dalam kalangan peminat kelab tersebut di media sosial selepas aksi Sang Kenari bersama PDRM.
Terdahulu, Kedah berjaya mendapatkan keputusan seri ketika bertemu PDRM dalam saingan MFL Challenge Cup 2024/2025 selepas perlawanan itu berlangsung dengan cukup sengit di Selayang.
Walaupun ketinggalan dengan dua gol di separuh masa pertama, Sang Kenari mencipta kejutan untuk bangkit pada babak kedua bersama tiga gol terhasil sebelum kelebihan itu dipadam semula oleh tuan rumah.
Keputusan ini menyaksikan persaingan antara kedua pasukan tersebut masih lagi terbuka dan bakal ditentukan pada perlawanan seterusnya pula di Stadium Darul Aman (SDA) tidak lama lagi.
Sepanjang aksi tersebut berlangsung, pelawat hadir dengan serba kekurangan daripada segi pemain import dan tonggak utama jika dibandingkan oleh PDRM yang lebih bersedia.
⚔ FULL TIME ⚔
Berjaya bangkit mendahului selepas ketinggalan di separuh masa pertama namun perlawanan berakhir dengan keputusan seri di Selayang. Berbaki 90 minit untuk perlawanan timbal balik di Stadium Darul Aman! Pulun Kedah Pulun! 💪#KDAFC #SemiFinal pic.twitter.com/SjqXgbUsVT
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 18, 2025
Namun, mereka berjaya memperagakan aksi cukup menyakinkan untuk mengelak daripada sebarang kekalahan walaupun bermain di gelanggang pasukan lawan.
Malah, aksi Danial Tarmizi antara yang cukup mencuri tumpuan menerusi kelincahan beliau untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan walaupun masih muda.
Dibawa masuk pada pertengahan separuh masa pertama bagi menggantikan khidmat bekas pemain Harimau Malaya iaitu Fayadh Zulkifli akibat kecederaan, nyata ia keputusan tepat dilakukan oleh Victor Andrag.
Sepanjang beraksi, Danial tampak langsung tidak kekok untuk cepat menyesuaikan diri dalam permainan selain beliau sangat berani untuk mengatasi pertahanan lawan secara individu.
Gerakannya beberapa kali memerangkap pertahanan lawan dan membuka peluang kepada rakan sepasukan lain untuk mencipta sesuatu positif di hadapan gawang gol.
Aksinya itu nyata mendapat perhatian para peminat Sang Kenari yang hadir memberi pujian penuh kepada bekas pemain skuad Piala Belia Kedah itu seusai perlawanan tamat.
⚔ FULL TIME ⚔
Well done boys!
FT | KL CITY EXTENSION ( 0 – 1 ) KDA FC B
⚽ 41' Danial Tarmizi (KDA FC B)#KDAFCB #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2425Season #membinaimpianmengupayalegasi #PialaMFL #PMFL14 #KLUKDA pic.twitter.com/cNrgbQgeQ5
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 5, 2024
Malah, ada yang mahu Victor untuk terus memberi kepercayaan lebih kerap kepada Danial selepas ini supaya beliau hadir dengan lebih matang buat skuad utama Kedah.
Walaupun begitu, masih ada banyak perkara perlu diperbaiki Danial terutama membabitkan aspek ‘decision making’ yang lebih cepat ketika mendapat bola daripada rakan sepasukan.
Kami di Semuanya BOLA percaya Danial mampu untuk menjadi pelapis terbaharu Malaysia jika beliau mendapat lebih banyak peluang untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Pandangan anda pula?