Nakhon Ratchasima Buru Penyerang Vietnam, Shahrel Fikri Bakal Kembali Ke Liga Malaysia?

Kelab Liga 1 Thailand, Nakhon Ratchasima dilaporkan sedang memburu dua pemain Vietnam, Nguyen Anh Duc dan Pan Van Duc selepas aksi meyakinkan dua pemain tersebut sepanjang Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang sedang berlangsung.

Perkhabaran tersebut dilaporkan oleh Vietnam News yang turut mendedahkan kelab tersebut turut memburu kapten Filipina, Phil Younghusband untuk saingan musim hadapan.

Aksi Nguyen Ahn Duc menentang Kemboja (Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Jika laporan Vietnam News tersebut adalah benar, maka ini bermakna penyerang pasukan negara, Shahrel Fikri sudah tidak diperlukan oleh kelab Thailand tersebut. Bermula pada musim hadapan, setiap kelab Liga 1 Thailand dibenarkan untuk menandatangani tiga pemain ASEAN sebagai kuota import di dalam pasukan.

Vietnam News turut melaporkan Nakhon Ratchashima sememangnya bercadang untuk mengekalkan Shahrel Fikri yang dibawa secara pinjaman dari PKNP FC, namun kini telah mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan dua pemain Vietnam dan Filipina.

Nguyen Anh Duc yang kini berusia 23 tahun telah menjaringkan tiga gol untuk Vietnam di Piala AFF Suzuki 2018. Kapten Becamex Binh Duong di Liga Vietnam itu turut menjaringkan salah satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Malaysia di saingan peringkat kumpulan.

Aksi Shahrel Fikri menentang Vietnam di peringkat kumpulan. (Photo by Manan VATSYAYANA / AFP) (Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Manakala pemain tengah, Phan Van Duc berusia 22 tahun dienali sebagai pemain yang memiliki kebolehan teknikal yang tinggi – kini beraksi untuk Song Lan Nghe.

Situasi terbaru ini sepatutnya tidak menggusarkan penyerang negara, Shahrel Fikri yang kini juga sedang sibuk dengan tugasan antarabangsa di Piala AFF Suzuki.

Beraksi secara pinjaman dari PKNP FC, Shahrel tampil sebanyak 10 kali dan menjaringkan satu gol untuk Nakhon Ratchasima di Liga 1 Thailand.

Kredit: Nakhon Ratchasima FC

Walaupun hanya menjaringkan satu gol, prestasi Shahrel dilihat sentiasa menunjukkan peningkatan – dan keupayaan beliau membantu rakan sepasukan lain untuk membuka ruang adalah aset utama permainan pemain negara ini.

Sekiranya tidak lagi mendapat tempat bersama Nakhon pada musim hadapan, beliau dijangka akan kembali menyertai PKNP FC.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan rasmi dari Nakhon Ratchasima mengenai status kuota import ASEAN mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN