‘Nak Main EPL Mental Kena Kuat’ – Pesan Van Persie Kepada Van De Beek

Van Persie Van de Beek

Bekas penyerang prolifik Liga Perdana Inggeris (EPL), Robin Van Persie menitipkan sedikit  nasihatnya buat pemain muda Belanda, Donny van de Beek yang dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Manchester United.

Bekas penyerang Arsenal dan United itu mengingatkan pemain tengah Ajax bahawa beliau perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran baharu di liga paling popular di dunia tersebut yang ternyata jauh berbeza dengan Eredivisie.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk jendela perpindahan musim panas ini selepas Ajax dan United bersetuju dengan yuran yang dianggarkan sebanyak £40 juta dan dijangka bakal menandatangani kontrak jangka masa panjang di United sehingga Jun 2025.

https://twitter.com/antiballgame/status/1300148702426869766?s=20

Van de Beek yang menjaringkan 10 gol dan menyumbang 11 bantuan jaringan daripada 36 penampilan dalam semua pertandingan musim ini telah selesai menjalani pemeriksaan perubatan di Belanda dan dijangka tiba di Old Trafford selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan pada minggu ini.

Kehadiran pemain antarbangsa Belanda itu akan merancakkan lagi persaingan di bahagian tengah United bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan beberapa pemain sedia ada juga bukanlah calang-calang seperti Bruno Fernandes, Paul Pogba, Fred, Nemanja Matic dan Scott McTominay.

Namun Van Persie yang beraksi selama 11 tahun di EPL berharap, Van de Beek dapat menyesuaikan diri dengan baik selepas menyertai pasukan besar seperti Manchester United.

“Van de Beek baru berusia 23 tahun dan ia adalah umur yang bagus untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris,” ujarnya.

“Saya hanya muda sedikit sahaja ketika menyertai Arsenal, dah di bilik persalinan, saya telah pun dianggap pemain harapan untuk pasukan. Menang Piala UEFA bersama Feyenoord tidak memberi apa-apa makna, kerana EPL adalah dunia yang berbeza.

“Donny mungkin masuk sebagai pembelian penting buat Manchester United, tetapi dia kena ingat yang 22 pemain lain juga merupakan ‘pembelian penting’. Tiada yang lebih besar daripada pemain lain, jadi dia perlu kuat dari segi mental untuk menyesuaikan keadaan tersebut.”

Van Persie bagaimanapun percaya dengan kemampuan dan kemahiran yang dimiliki Van de Beek, pemain muda itu mampu mengharungi cabaran dan menjadi pemain yang baik buat United.

Kredit Foto: Mario

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN