Jika anda merupakan peminat tegar Arsenal, pertama sekali kami ingin mengingatkan anda bahawa Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar. Ketika kelab-kelab lain sudah mula berbelanja sakan dalam pasaran perpindahan pemain musim panas, Arsenal pula sedang berkira-kira bagaimana untuk mendapatkan Wilfred Zaha, Kieran Tierney dan William Saliba dengan bajet £45 juta sahaja.
Tetapi dunia belum berakhir.
Mujur Adidas baru-baru tampil mengubat hati penyokong Arsenal seperti anda dengan melancarkan jersi home yang cukup cantik untuk musim 2019/2020 akan datang ini. Bukan sahaja penyokong Arsenal, malah penyokong-penyokong kelab lain turut mengaku rekaan jersi Arsenal tersebut turut menambat hati mereka.
Justeru bersempena dengan pelancaran jersi Arsenal untuk musim 2019/2020 ini, pihak Football Republic ingin membuka pra-tempahan buat 100 penyokong Arsenal pertama yang ingin mendapatkan jersi tersebut.
Pra-tempahan perlu dibuat melalui online di pautan berikut: bit.ly/2JabpuW
Deposit pembayaran TIDAK perlu dilakukan dalam proses pra-tempahan ini.
Peminat Arsenal yang melakukan pra-tempahan boleh mendapatkan jersi mereka pada hari Isnin, 8 Julai 2019 di butik Football Republic yang terletak di Blue Cube, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid. Paling menarik, 100 pembayaran pertama pra-tempahan jersi Arsenal ini akan melayakkan anda menerima baucar tunai sebanyak RM50!
Tarikh tutup pra-tempahan adalah pada hari Ahad (7 Julai 2019), jam 8 malam.
Bagaimanapun jika anda tidak sempat membuat pra-tempahan, anda masih boleh mendapatkan jersi Arsenal terbaru ini seperti biasa bermula hari Isnin, 8 Julai 2019, jam 10 pagi di Football Republic Sunway Pyramid.
Jadi tunggu apa lagi, peminat Arsenal? Zahirkan kesetiaan anda terhadap Arsenal yang anda cintai dengan membuat pra-tempahan SEKARANG!
Kredit foto: Arsenal FC