Naingolan Lupakan Chelsea Dan Sertai Inter, Pastore Sertai AS Roma

AS Roma terus sibuk dalam bursa perpindahan kali ini di sebalik kemeriahan Piala Dunia. Minggu lalu mereka memuktamadkan perjanjian dengan Justin Kluivert.

Semalam mereka mengumumkan kedatangan Javier Pastore ke kelab itu. Sebelum itu, Radja Nainggolan sah akan bergabung semula dengan Luciano Spalletti, kali ini di Inter Milan.

Spalletti cuba membawa Nainggolan pada musim lalu, namun pemain Belgium itu memutuskan untuk kekal di AS Roma yang menghadapi kempen UCL.

Nainggolan juga mengesahkan yang Chelsea turut berminat membawa beliau ke Stamford Bridge musim lalu dan beliau sudah bercakap dengan Antonio Conte serta dikhabarkan memberikan lampu hijau untuk menyertai mereka pada musim 2018/19.

ROME, ITALY – MAY 02: Radja Nainggolan of AS Roma during the UEFA Champions League Semi Final Second Leg match between A.S. Roma and Liverpool at Stadio Olimpico on May 2, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Namun ianya tidak dapat direalisasikan kerana di kem Chelsea ketika ini segalanya masih samar melibatkan siapa pengurus mereka, sama ada masih Conte ataupun Sarri?

Chelsea masih belum memulakan sebarang urusan buat masa ini dalam jendela perpindahan. Inter Milan dilaporkan membayar £21 juta untuk pemain box to box ini.

Dalam perkembangan lain AS Roma terus mengumumkan kedatangan Javier Pastore. Spalletti juga mengesahkan beliau mahukan pemain ini namun terpaksa melupakannya kerana permintaan gaji Pastore yang tinggi.

Lantas pemain itu menyertai AS Roma dengan nilai perpindahan sekitar £18 juta dari PSG. Pastore bukan lagi pemain utama ataupun kedua pasukan PSG selepas kedatangan bintang seperti Neymar dan Mbappe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN