Nainggolan Acu Jari Tengah Selepas Ditegur Berparti 2 Pagi, Inter Tidak Kenakan Hukuman

Salah satu sebab kenapa Roberto Martinez menggugurkan nama pemain ini daripada pasukan adalah sikapnya yang tak boleh dikawal.

Pada Euro 2016, beliau meminta bilik hotel khas yang ada ruang merokok untuk beliau dan Marc Wilmots memberikan keistimewaan itu.

Tidak dinafikan beliau antara pemain tengah yang berkualiti.

Terbaru, Radja Nainggolan terlibat dengan kontroversi mengacukan jari tengah kepada penyokong beliau sendiri.

Radja Nainggolan dilihat berparti di kelab malam sehingga pukul 2.15 pagi bersama isterinya. Seorang peminat yang geram dengan pemain itu telah menegurnya.

“Pergilah balik tidur, anda ada perlawanan tak lama lagi.”

Nainggolan marah dan mengacukan jari tengah. Video beliau itu ditularkan di media sosial.

Inter Milan memutuskan untuk tidak menghukum bintang menandatangani Radja Nainggolan selepas dia dirakam minum di kelab malam pada malam Jumaat.

Nainggolan masih lagi dalam proses pemulihan penuh dan tidak beraksi dalam kekalahan Inter pada Ahad lalu di hari pembukaan Serie A.

Corriere della Sera mendedahkan bahawa Nerazzurri menyatakan pemain itu tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar peraturan kelab dan tidak akan mengambil tindakan.

Sebelum ini ketika bersama Roma, beliau dirakam merokok, mabuk dan menyumpah seranah pada malam tahun baru.

Nainggolan memberikan respon kepada kritikan ke atas beliau dengan menembak orang yang mengkritik beliau sebagai ‘bullsh**’.

Nainggolan memuat naik gambarnya sedang berlatih untuk kembali cergas sepenunhnya.

Nainggolan antara pemain bola sepak yang tidak mahu menyembunyikan dirinya sebagai seorang perokok. Beliau tahu tabiat itu tidak baik dan enggan anaknya mengikutnya.

Nainggolan menjadi sasaran utama Inter Milan dan Chelsea. Namun beliau memilih ke Inter Milan. Spalletti menjadikan beliau sasaran utama untuk membantu kelab itu mencabar kejuaraan Serie A sekali lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN