Naib Presiden PJBM Diberi Surat Tunjuk Sebab Kerana Kritik MFL

Gara-gara kerana kritikan pedasnya terhadap badan pentadbir liga iaitu Malaysia Football League (MFL) tentang kelemahan pengurusan perjalanan Liga Malaysia, Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Dr Zulakbal Abd Karim telah diberi surat tunjuk sebab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan perkembangan itu dalam Harian Metro sambil menegaskan mana-mana ahli PJBM yang juga merupakan ahli gabungan FAM sepatutnya mengikut saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

“Dari segi ini, dia memegang jawatan sebagai Naib Presiden PJBM dan PJBM adalah ahli gabungan FAM.

“Sebagai badan induk, kita perlu pastikan semua ahli gabungan mengikut proses dan saluran. Mungkin itu adalah pandangan peribadinya, namun dia tidak boleh lari daripada jawatan yang dipegangnya dalam PJBM. Prinsip daripada FAM adalah sebagai ahli kepada badan induk, mereka patut tahu prosedur dan menghormatinya.

“Jika mahu mengemukakan cadangan ataupun kritikan, ahli perlu mengikut saluran terbabit dan bukan mengambil peluang untuk menggunakan media untuk agenda tersendiri. Saluran yang ada boleh membantu pandangan itu supaya diambil dengan betul,” katanya.

MFL
FOTO: FAM

Dr. Zulakbal yang juga merupakan Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris diberi tempoh selama dua minggu bermula kelmarin untuk membalas surat tunjuk sebab berkenaan sebelum ia dibincangkan dalam Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Beliau mengkritik MFL berdasarkan isu kelewatan geran tahunan, penjadualan liga yang tidak konsisten dan penarikan diri beberapa pasukan.

Lantas beliau menyifatkan bahawa Liga Malaysia masih sama seperti dahulu.

“Liga M dulu dan sekarang sama sahaja, tiada peningkatan. Malah ekoran penarikan diri penaja utama Liga M (TM), MFL sepatutnya telah bersedia sepenuhnya dan mempunyai alternatif atau sumber penajaan lain,” katanya.

Ketika ditanya oleh Harian Metro kenapa Dr Zulakbal dikenakan tindakan oleh FAM sedangkan kritikan beliau itu ditujukan kepada MFL, Stuart menjelaskan bahawa badan liga itu sebenarnya turut berada dalam sistem FAM.

“Dalam statut FAM, perjalanan liga yang kini diuruskan sepenuhnya MFL juga dalam kawalan FAM. Jadi, tanggungjawab FAM sebagai badan disiplin untuk mengambil maklum mengenai hal terbabit,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN