5 Tragedi Nahas Kapal Terbang Yang Melibatkan Pasukan Bola Sepak

Seluruh dunia terkejut, malah bersedih dengan insiden nahas kapal terbang yang melibatkan pasukan dari Brazil – Chapecoense.

Pasukan tersebut sedang menuju ke puncak kepada siri cerita fantasi mereka, iaitu ke perlawanan akhir Copa Sudamericana. Namun malangnya, pesawat yang membawa skuad mereka serta penumpang-penumpang lain terhempas di Colombia.

Dalam dunia sukan khasnya, terdapat juga insiden pesawat malang ini berlaku. Dan jika dibuka semula sejarah lama, terdapat beberapa insiden yang melibatkan pasukan bola sepak.

Oleh itu, kami bawakan 5 insiden nahas kapal terbang yang pernah berlaku melibatkan pasukan bola sepak.

Tragedi Superga – Torino (1949)

Tragedi ini memberikan kesan yang mendalam kesan kelab Torino khasnya dan bola sepak Itali amnya.

Hal ini kerana skuad Torino ketika itu dikenali sebagai Grande Torino. Mana tidaknya, majoriti pemain skuad kebangsaan Itali ketika itu adalah pemain dari Torino!

Insiden ini bermula apabila kapal terbang yang mereka naiki ini terbang dari Lisbon, Portugal selepas Torino menghadiri perlawanan persahabatan menentang Benfica.

Ketika hampir sahaja hendak sampai ke destinasi, cuaca di Turin tiba-tiba sahaja berubah. Langit menjadi gelap, hujan turun dengan lebatnya dan pemandangan menjadi terhad dengan hanya pandangan sejauh 40 meter sahaja boleh dilihat.

Kapal terbang Fiat G.212CP hilang kawalan dan kemudiannya terhempas di Basilica de Superga yang merupakan sebuah gereja.

superga-tragedy-1949-1

Kesemua 31 penumpang semuanya meninggal dunia. Dan hampir sejuta orang turun ke bandar Turin untuk memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa tersebut.

Kerana masih lagi trauma, skuad kebangsaan Itali pergi ke Brazil untuk Piala Dunia 1950 dengan menggunakan jalan laut.

Dniprodzerzhynsk Tragedy – Pakhtakor Tashkent (1979)

11 Ogos merupakan tarikh hitam bagi kelab Uzbekistan ini. Ketika itu, Pakhtakor Tashkent di dalam perjalanan untuk ke Ukraine untuk menentang Dinamo Minsk dalam aksi Liga Soviet.

Ketika berada di ruang udara Dniprodzerzhynsk, pusat kawalan trafik udara telah mengesan terdapat 2 pesawat yang melalui laluan yang sama namun dari 2 arah berbeza.

Salah satu pesawatnya adalah pesawat  Tupolev Tu-134AK yang dalam urusan harian iaitu penerbangan pergi balik dari bandar Donestk ke Minsk.

Satu lagi pesawat merupakan Tupolev Tu-134A yang membawa skuad Pakhtakor Tashkent.

Pusat kawalan trafik udara menerima isyarat dari sebuah pesawat. Namun mereka melakukan kesilapan apabila mereka membalas semula isyarat tersebut ke pesawat lain kerana menyangkakan isyarat itu datang dari pesawat tersebut.

Hasil daripada itu, kedua-dua pesawat ini bertembung di udara pada 7,900 meter dari udara. Kedua-dua pesawat terhempas dan kesemua 178 mangsa dari kedua-dua pesawat terkorban.

pakhtakor_monument_-4

Munich Air Tragedy – Manchester United (1958)

Skuad Manchester United yang ketika itu ingin pulang ke Manchester dari Belgrade, Serbia selepas aksi menentang Red Star Belgrade.  Mereka berhenti ke di Munich, Jerman untuk mengisi minyak pesawat terlebih dahulu.

Namun begitu, ketika hendak memulakan semula perjalanan. Juruterbang-juruterbang pesawat British European Airways iaitu James Thain dan Kenneth Rayment 2 kali menangguhkan penerbangan mereka.

Hal ini kerana, terdapat masalah yang menyebabkan enjin kiri pesawat tidak dapat berfungsi dengan baik.

Namun kerana tidak mahu terlalu jauh ketinggalan dalam jadual penerbangan serta tidak mahu bermalam di Munich. Thain membuat keputusan untuk meneruskan penerbangan.

Ketika itu, salji sudah mula turun dan menutup ruang jalan di lapangan terbang. Ketika pesawat sedang hampir ke penghujung landasanterdapat salji disitu dan pesawat itu melanggar salji tersebut.

Pesawat hilang kawalan lalu melanggar pagar dan rumah orang awam. Sayap kiri pesawat tersebut kemudiannya patah.

Risau pesawat akan meletup, Thain mengarahkan penumpang untuk keluar dari pesawat. Hasilnya, 23 penumpang terkorban dan hanya 21 sahaja yang terselamat.

slide_278855_2064025_free-1

Tragedi Alianza Lima – Alianza Lima (1987)

Pada 1987, pesawat yang membawa skuad Alianza Lima telah terhempas di Lautan Pasifik.

Pesawat itu bagaimanapun merupakan pesawat Fokker F27-400M milik Angkatan Tentera Laut Peru. Namun begitu, Angkatan Tentera Laut Peru berdiam diri kerana tidak mahu mendedahkan punca tersebut.

Sehinggalah pada tahun 2006, sebuah rancangan televisyen akhirnya mendedahkan punca sebenar nahas tersebut. Puncanya adalah kecuaian daripada juruterbang itu sendiri dan masalah mekanikal yang ada pada pesawat tersebut.

Juruterbang itu dikatakan mempunyai pengalaman cetek dalam mengendalikan penerbangan ketika waktu malam. Pesawat tersebut mengalami masalah di gear mendarat yang menyebabkan pesawat sukar untuk mendarat.

Pesawat yang membawa 44 orang itu menyaksikan 43 orang yang terkorban dan 1 sahaja yang terselamat.

alianza-lima-1987-1

Atlantic Ocean Tragedy – Skuad kebangsaan Zambia (1993)

Skuad kebangsaan Zambia pada tahun 1993 merupakan antara skuad yang terbaik pernah mereka ada.

Tragedi bermula apabila selepas kapal terbang yang disediakan oleh Angkatan Udara Zambia berhenti untuk mengisi minyak di Congo. Pada mulanya, juruterbang sudah mengesan masalah enjin yang terdapat pada enjin pesawat.

Namun mereka tetap meneruskan penerbangan. Di Libreville Gabon yang merupakan hentian kedua mereka, juruterbang telah melakukan kesilapan yang menyebabkan nyawa kesemua penumpang menjadi taruhan.

Kesilapan tersebut adalah apabila juruterbang mematikan enjin kanan secara tidak sengaja. Kesannya, pesawat telah kehilangan kuasa untuk berfungsi.

Ia menyebabkan pesawat terhempas ke dalam Lautan Atlantik dan kemudiannya jauh sedalam 500 meter ke dalam laut.

Menurut laporan, kecuaian juruterbang kerana keletihan membawa pesawat menjadi punca mengapa tragedi itu terjadi.

Seramai 30 orang yang berada di dalam pesawat itu kesemuanyan terkorban.

1993037bl

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN