Terengganu dilihat berada pada momentum terbaik mereka ketika ini apabila berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut di laman sendiri ketika berdepan cabaran Kedah Darul Aman (KDA).
Untuk perlawanan seterusnya malam esok dalam aksi Liga Super 2022, mereka bakal berhadapan dengan satu tugas getir iaitu menghadapi Sabah di Stadium Likas.
🏴🏳️ PERLAWANAN SETERUSNYA #LIGASUPER2022 : SABAH FC VS TERENGGANU FC 🏴🏳️
SABAH FC vs TERENGGANU FC
📆 19 Julai 2022 – SELASA
⏰ 8.15 pm
🏟 Stadium Likas, Kota Kinabalu#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/YFKVl3e0pW— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 17, 2022
Walaupun tewas pada perlawanan lalu ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dilihat masih ampuh di segenap posisi untuk ditangani Terengganu malam esok.
Nafuzi Zain selaku pengendali Terengganu dikatakan enggan untuk terlalu memikirkan pasukan tersebut yang kini disifatkan semakin kuat dan antara pencabar sengit kejuaraan Liga Super musim ini.
Biarpun sedar pasukan lawan dibarisi ramai bekas pemain kebangsaan serta import yang berkualiti, pengendali muda berpotensi besar itu enggan terlalu memikirkannya dan mahu memberi fokus pada persiapan pemainnya sendiri.
Ketika ini fokus Nafuzi lebih terarah mengenai persiapan taktikal menjelang perlawanan malam esok untuk mengetepikan tuan rumah demi mengutip tiga mata penuh. Namun, beliau menyedari cabaran sukar pasti menanti buat anak-anak buahnya.
“Biarpun sedar TFC bakal berdepan dengan tugas sukar lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan selain skuad itu antara pasukan yang bagus musim ini sebagaimana kedudukan kedua liga, tapi saya tetap percaya dan berkeyakinan dengan kemampuan pemain yang saya ada.
“Lagipun saya tidak mahu memikirkan status skuad itu yang dibarisi pemain berpengalaman, sebaliknya apa yang penting saya perlu membuat persiapan dan perancangan terbaik buat pasukan.
“Saya meletak harapan yang tinggi impian untuk memburu tiga mata berhasil, jadi pemain perlu bersedia daripada segi fizikal dan mental, kerana kita tahu kebangkitan lawan selain sokongan padu daripada penyokong mereka,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, Nafuzi akui dirinya masih belum memutuskan kesebelasan utama pada perlawanan malam esok ketika ditanya sama ada bakal membuat rombakan pemain untuk menghadapi cabaran Sabah.
📍 Kota Kinabalu 🚌
*
*#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/FrC2AMP52K— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 17, 2022
“Tchetche mengalami sedikit kecederaan, begitu juga penjaga gol, Rahadiazli Rahalim yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, jadi saya perlu mengambil kira situasi itu kerana misi kita adalah untuk rakam kemenangan,” katanya.
Untuk rekod, Terengganu setakat ini berjaya melakar tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan domestik dan dijangka momentum tersebut bakal diteruskan pada malam esok berdasarkan motivasi para pemain ketika ini sedang meningkat.
Terengganu kini berada keempat liga hasil 16 mata berjaya dikumpul daripada sembilan perlawanan telah dilalui mereka dalam saingan Liga Super 2022.