Nafuzi Zain Tidak Gusar Hilang Tiga Pemain Berdepan Perak

Nafuzi Zain Pemain Terengganu FC 2020 Latihan import

Menjelang dua hari sebelum sepak mula CIMB Liga Super 2020, Terengganu FC dikhabarkan kehilangan beberapa tonggak pasukan akibat masalah kecederaan.

Ia mungkin berita kurang baik buat para penyokong Sang Penyu, namun, pengendali pasukan, Nafuzi Zain melihatnya daripada sudut berbeza di mana, pemain-pemain lain yang berada di dalam pasukan akan mendapat peluang untuk beraksi.

Nafuzi Zain memaklumkan kepada Semuanya BOLA, terdapat tiga pemain yang bakal terlepas aksi pembukaan berdepan Perak di halaman sendiri pada Sabtu iaitu dua pertahanan, Wan Amirzafran dan Stuart Wark serta pemain tengah, Sharin Sapien.

Pada musim lalu, Wan Amirzafran boleh dikatakan kurang mendapat tempat akibat masalah kecederaan, sementara Stuart Wark adalah pemain baharu, yang menyertai pasukan daripada PDRM, yang bakal beraksi di saingan Liga Super musim ini.

Sejak mengambil alih daripada Irfan Bakti, Nafuzi Zain telah menyerap masuk Sharin Sapien daripada Terengganu FC II ke skuad utama dan sejak itu, pemain tengah itu menjadi tulang belakang Terengganu terutamanya dalam saingan Piala Malaysia.

“Tidak merisaukan sangat. Memang Sharin Sapien telah banyak bermain dalam aksi persahabatan, tetapi dengan ketiadaannya ini, pemain lain juga ada peluang bermain,” ujarnya ketika ditanya kesan kehilangan Sharin Sapien dalam pelan taktikalnya.

“Pengganti itu ada. Kita ada banyak pilihan di tengah seperti Nasir Basharudin, Shukur Jusoh dan lain-lain,” tambahnya sambil menyatakan yang mereka telah bersedia untuk aksi pertama selepas mengakhiri pra-musim pada minggu lalu.

Dimaklumkan hanya Wan Amirzafran sahaja yang bakal tersisih untuk tempoh yang panjang, sekurang-kurangnya untuk dua bulan, sementara Stuart Wark dan Sharin Sapien dijangkakan akan boleh beraksi dalam masa terdekat.

“Dua perlawanan tempohari macam persediaan terakhir kita. Setakat ini, keserasian pemain baharu nampak baik dan kita sudah menjalani latihan dan pra-musim hampir dua bulan. Saya berpuas hati [dengan persediaan pasukan],” ujar Nafuzi Zain.

Ketika ditanyakan mengenai penyerang import baharu, Dominique da Sylva, yang mempamerkan sentuhan tajam dalam dua aksi terakhir bertemu Pahang dan PDRM tempohari, pengendali berusia 41 tahun itu akan menilai daripada aksi kompetitif.

“Saya harap sentuhannya akan dibawa ke dalam perlawanan sebenar. Hanya dalam perlawanan sebenar kita boleh menilai kemampuannya. Perlawanan persahabatan tiada apa-apa pun,” ulasnya mengenai prestasi Dominique da Sylva.

Perlawanan Terengganu dan Perak akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan digunakan kembali untuk saingan Liga Super musim 2020.

KREDIT FOTO: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN