Nafuzi Zain: Tidak Adil Jadikan Lee Tuck Sebagai ‘Kambing Hitam’

Lee Tuck Terengganu FC Perak Liga Super 2020

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata yang kekalahan mengejut 1-3 kepada Perak dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020 tidak harus membawa kepada mencari salah siapa atau menjadikan mana-mana pemain sebagai kambing hitam.

Baginya, ia sesuatu yang tidak adil apabila semua pihak untuk menjadikan kapten, Lee Tuck sebagai sumber amarah terhadap kehilangan tiga mata tersebut.

Terengganu pada awalnya adalah pasukan pilihan untuk meraih mata penuh kerana persediaan rapinya dalam pra-musim berbanding Perak yang dilihat sedikit tempang dalam persediaan pasukan dan juga pra-musim mereka kali ini.

Begitupun, Nafuzi Zain faham tekanan yang dilalui pemain apabila beraksi di halaman sendiri yang berwajah baharu ditambah pula dengan keinginan para penyokong untuk memburu kemenangan selesa ke atas The Bos Gaurus pada malam tersebut.

“Perlawanan pertama selalunya sukar, terutama sekali apabila kita bermain di laman sendiri yang baharu. Para penyokong sangat-sangat mahukan kemenangan, jadi saya rasa tekanan tersebut telah memberi kesan kepada para pemain.

“Tiada siapa akan lupa apa berlaku pada malam tersebut, tetapi meletak kesalahan kepada [Lee] Tuck adalah tidak adil. Selepas Perak menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, keseluruhan pasukan nampak kecewa,” jelas Nafuzi Zain.

“Sebelum Perak menjaringkan gol, kami telah bermain dengan baik. 20 minit pertama, permainan banyak memihak kepada kami, kami menyusahkan mereka, malah berjaya meledak gol pendahuluan.

“Apabila mereka menyamakan kedudukan, kami hilang punca. Para pemain lupa apa yang mereka perlu lakukan [dalam padang],” ujarnya yang dipetik daripada The Star.

Mengulas mengenai isu komen Sanjar Shaakhmedov mengenai ‘simple play’ yang tular sebelum ini, Nafuzi Zain menjelaskan bahawa itu adalah komen daripada abang pemain tersebut iaitu Sanvar Shaakhmedov dan bukanlah luahan pemain itu.

“Semua ingatkan itu adalah Sanjar [Shaakhmedov], tetapi dia tiada akaun Facebook mahupun Instagram. Dia adalah seorang pemain yang fokus kepada karier bola sepaknya sahaja,” jelas Nafuzi Zain sambil berkata ia adalah salah faham.

“Bola sepak adalah permainan berpasukan. Kami menang dan kalah bersama. Saya tiada masalah dengan [Lee] Tuck tetapi masalah saya adalah apabila dia ‘dihukum’ kerana kekalahan tersebut,” tambahnya lagi mengenai isu kaptennya itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN