Nafuzi Zain Tentang Masa Depan Faisal Halim: “Saya Tahu Kawal Pemain Saya”

Faisal Halim Terengganu Nafuzi Zain

Sejak tampil baik bersama Harimau Malaya baru-baru ini, pelbagai khabar angin timbul mengenai masa depan pemain sayap menyerang Terengganu FC, Faisal Halim dan Nafuzi Zain dilihat masih mampu mengawalnya.

Bagi pengendali Sang Penyu itu, Faisal adalah pemain yang bagus dan seperti biasa tentunya akan diintai oleh mana-mana pasukan. Dengan kontraknya bakal berakhir pada hujung musim ini, ia semakin menambah rencah.

Bukan hanya perpindahan dalam negara, kelab-kelab luar juga dikatakan amat berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Namun, ejennya, Estrada Sport Agency telah menafikan mengenai tawaran rasmi kepada Faisal.

Antara pasukan yang dikaitkan dengannya adalah Selangor FC yang meminjamkan pemain sayap, Nik Sharif Haseefy dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memaklumkan bakal membawa masuk dua pemain tempatan.

Sebelum ini, beliau juga dilihat telah menafikan tentang tawaran daripada pasukan-pasukan Thai League 1.

“Cerita itu [kelab Thailand] pun saya tidak tahu dari mana datangnya. Terus terang saya katakan tidak ada sebarang tawaran daripada kelab negara berkenaan. Fokus saya buat masa ini hanyalah untuk kelab saya, TFC walaupun saya belum menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu.”

Faisal Halim, Harian Metro

Namun, dengan penafian ejennya tempohari, ia sudah cukup menceritakan yang Faisal tidak ke mana-mana.

Liga Super: 3 Mata Berharga Akhirnya Dilakar Penang Di Bandaraya

Ketika pertembungan dengan Penang FC di Stadium Bandaraya baru-baru ini, Semuanya BOLA mengambil kesempatan bertanya tentang status Faisal dan bagaimana beliau melaluinya dengan deretan khabar angin.

“Bagi saya, sebagai pemain yang sedang di kemuncak prestasi jadi spekulasi dan khabar angin itu macam-macamlah. Perkara itu normal. Selagi Faisal dengan saya, bersama saya, saya tahu kawal pemain saya daripada hanyut di bawa arus. Bagi saya, dia tak terganggu kalau kita tengok persembahan dia malam ini.”

Nafuzi Zain, sidang media pasca perlawanan Penang-Terengganu

Dalam perlawanan itu, Terengganu tewas mengejut 1-2 kepada pasukan yang menghuni dasar Liga Super 2022 itu, namun Faisal Halim berjaya memberikan aksi terbaik buat skuad kendalian Nafuzi Zain itu dengan meledak jaringan penyamaan selepas tuan rumah mendahului aksi, namun tidak cukup untuk selamatkan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN