Nafuzi Zain: “Jika Tiada, Mungkin Saya Akan Berunding Dengan Kelab Yang Sudi”

Nafuzi Zain Terengganu FC 2021 luahan perasaan

Kontrak Nafuzi Zain bersama Terengganu FC akan berakhir pada 30 November ini dan menurutnya, sehingga kini, masih belum ada khabar berita mengenai tawaran kontrak baharu daripada pihak pengurusan pasukan.

Adakah Terengganu masih berminat untuk terus menggunakan khidmatnya sebagai pengendali selepas dua tahun membimbing mereka? Mungkin mereka mahu melihat terlebih dahulu keputusan di Piala Malaysia?

Sebenarnya agak janggal apabila tiada sebarang perbincangan tentang kontrak baharu sehingga kontrak lama berakhir. Tidak sepatutnya ini berlaku kerana seharusnya perbincangan kontrak perlulah diadakan lebih awal. Pemain atau jurulatih, masing-masing perlu mengetahui bagaimana status masa depan mereka lebih awal.

Bercakap tentang kontraknya bersama Sang Penyu, “Kontrak saya tamat 30 November ini dan masih menunggu tawaran daripada TFC. Bagaimana saya nak persiapkan pasukan jika belum tandatangan kontrak baharu.”

Dan beliau turut memberi bayangan, jika tiada tawaran, beliau bersedia untuk berhijrah ke pasukan lain.

“Apa pun terserah kepada pihak pengurusan tapi selagi TFC memerlukan khidmat saya tiada masalah untuk meneruskan sumbangan. Ketika ini saya masih ada kontrak dengan TFC, tapi jika ada kelab yang sudi untuk menawarkan kontrak kepada saya, kemungkinan saya akan berunding dengan mana-mana kelab yang sudi.

“Apa pun keutamaan saya sudah tentulah mahu terus bimbing TFC kerana selepas dua tahun bersama pasukan itu banyak yang saya lakukan dan misi bersama TFC masih belum tercapai dan ramai lagi pemain TFC yang harus dibimbing untuk lebih mantap,” jelasnya lagi tentang status masa depannya dalam sidang media.

Bersama Nafuzi Zain, Terengganu berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-3 Liga Super musim lalu dan ke-4 pada musim ini. Dan mereka juga telah mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 sebelum ditewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-4 secara agregat dalam perlawanan yang berlangsung, malam tadi.

Sebagai pengendali baharu, ia satu pencapaian yang boleh dikatakan sangat baik. Agak mustahil pengendali muda sepertinya dengan majoriti pemain-pemainnya adalah pemain muda, mampu lakar keputusan sebegitu.

Sekitar September lalu, pernah tular mengenai status masa depan pengendali itu yang dikatakan akan bertukar angin pada musim depan. Namun, ia segera dinafikan oleh pihak pengurusan Terengganu. Ia bermula dengan satu posting daripada sebuah agensi ejen bola sepak, Joe Estrada Sports Agency tentang Nafuzi Zain.

Here we come for the new challenge!!! All The best coach Nafuzi,” titip Joe Estrada di Instagram Story agensi tersebut sambil meninggalkan persoalan seolah-olah gambaran hala tuju pengendali tersebut selepas ini.

Jadi, dengan perkembangan terkini ini, apakah sebenarnya status masa depan Nafuzi Zain di Terengganu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN