Nafuzi Zain Jangka Kedah Bakal Harungi Aksi Sukar Hadapi KL City

Pengendali utama Kedah Darul Aman, iaitu Nafuzi Zain menjangkakan skuad kendaliannya bakal mengharungi aksi sukar pada malam ini di pentas Piala Malaysia 2024/2025 menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Darul Aman, Sang Kenari memiliki tugas cukup mustahak untuk mencipta keputusan positif sebelum aksi timbal balik akan datang.

Menerusi persediaan semasa, dijangka Nafuzi bakal menggunakan kesebelasan terbaik dimiliki untuk menghadapi cabaran lawan yang dianggap sukar.

Pastinya skrip perlawanan malam ini bakal berbeza kerana sebelum itu Nafuzi terpaksa menggunakan semua barisan pemain muda ketika menghadapi KL City di gelanggang lawan dalam saingan Liga Super.

Pada aksi itu, Sang Kenari merekodkan kekalahan besar 0-5 di tangan lawan bersama aksi cukup tidak menyakinkan sepanjang saingan tersebut berlangsung.

Walaupun begitu, pastinya aksi kali ini berbeza kerana Nafuzi sudah tentu akan mempertaruhkan pemain berpengalaman bersama gandingan import di segenap posisi.

“Perlawanan ini dijangka sukar buat kami kerana KL City dilihat lebih bersedia dari segala aspek. Mereka juga sering beraksi baik dalam saingan Piala Malaysia sejak 2021.

“Di pihak kami pula, para pemain perlu fokus dalam perlawanan itu di sebalik pelbagai masalah melanda. Harapnya kami dapat membuahkan hasil positif bagi dijadikan bekal untuk dibawa ke perlawanan timbal balik nanti,” kata beliau menerusi Utusan Malaysia.

Pada masa sama, pengendali dari Kelantan itu juga enggan mengulas tentang perpindahan beliau bersama skuad Harimau Malaya seperti diperkatakan ramai kini di media sosial.

“Tak perlulah saya bercakap mengenai perkara itu (dilantik ke skuad kebangsaan) kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan pelbagai lagi khabar angin.

“Fokus saya kini hanya kepada KDA FC dalam keadaan pasukan ini amat memerlukan suntikan motivasi bagi berdepan perlawanan itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Nafuzi dilaporkan bakal meninggalkan Kedah dengan lebih awal, apabila beliau dikatakan akan menyertai kem Harimau Malaya pada masa akan datang.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena, nama Nafuzi kini telah dikaitkan bersama skuad bawah 23 Malaysia (B-23) dengan beliau menjadi antara calon terbaharu untuk posisi jutulatih.

“Nafuzi Zain bakal tinggalkan Kedah Darul Aman, difahamkan menjadi calon jurulatih B23 negara,” jelas Zulhelmi menerusi perkongsian dibuat beliau melalui media sosial X.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN