Nafuzi Zain: “Itu Luahan Perasaan Tentang Surat Tawaran Terengganu”

Nafuzi Zain Terengganu FC 2021 luahan perasaan

Ia luahan perasaan saya,” begitulah penegasan yang diberikan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tentang kenyataannya di sidang media.

Rentetan perkongsian di sidang media pasca perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia malam tadi, Nafuzi telah tampil menjelaskan situasinya.

Bercakap kepada Semuanya BOLA, Nafuzi berkata beliau hanya meluahkan perasaannya tentang isu yang ditanyakan pihak media mengenai tawaran daripada pengurusan selepas berakhir tempoh 14 hari yang diberikan.

Ini kerana, jika dikira, tempoh masa yang diberikan oleh pihak pengurusan baru sahaja berakhir – jika dikira berdasarkan tarikh tawaran diberikan.

“Tentang sidang media semalam, pihak media bertanyakan tentang tempoh 14 hari yang diberikan. Ia luahan perasaan yang sepatutnya urusan sebegini perlu ada perjumpaan dua mata, bukan diserahkan melalui ‘kitman’ sebelum sesi latihan pasukan.”

“Kita profesional, perlu berurusan secara rasmi. Saya bersetuju atau tidak, itu perkara kedua. Saya ada tawaran lain atau tidak, itu cerita lain. Tetapi, cara berurusan itu perlu dilakukan secara rasmi.”

Nafuzi Zain

“Pengurusan Tak Profesional” – Nafuzi Kecewa Terengganu Hantar Kontrak Baharu Guna ‘Kitman’ Sahaja

Mungkin apa yang cuba disampaikan oleh Nafuzi adalah cara penyerahan tawaran diberikan kepadanya dan ia hanya luahan perasaan mengenainya.

Menurut sidang media semalam, Nafuzi memaklumkan akan menyerahkan keputusan mengenai masa depannya kepada pihak pengurusan hari ini.

Ditanyakan tentang keputusannya, beliau berkata kepada Semuanya BOLA, beliau tidak akan mengumumkannya kerana Terengganu masih beraksi dalam Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan KL City dalam aksi suku akhir kedua, malam tadi. Terengganu mara dengan agregat 4-1.

Saya tidak akan dedahkan apa pun [keputusannya]. Saya pun masih ada perlawanan lagi. Jawapan saya nanti tanya pengurusan,” ujarnya lagi.

Terengganu mempamerkan watak dominan apabila menundukkan juara bertahan, KL City dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia dan akan bertemu Selangor, 16 November.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Manuel Ott, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman, sementara gol saguhati KL City diledak oleh Haqimi Azim Rosli. Sang Penyu mengulangi pencapaian edisi lalu – mara ke separuh akhir.

Pada edisi lalu, mereka telah disingkirkan finalis, Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir dengan agregat 4-1 selepas tewas 0-3 dalam aksi kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN