Setelah mempamerkan aksi agak hambar pada perlawanan lalu dalam saingan Loga Super ketika menentang Negeri Sembilan, kini Terengganu perlu mencari kembali kemenangan mereka untuk mengutip tiga mata penuh.
Terdahulu, Terengganu sekadar terikat seri 1-1 dalam aksi di laman sendiri sewaktu menentang skuad kendalian K. Devan walaupun tampil dengan dua tonggak serangan berbisa Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.
🗣 MAKLUMAN : BAKI PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2022 (JULAI-OGOS)
Berikut adalah tarikh terkini baki perlawanan Liga Super Malaysia 2022 bagi bulan Julai dan Ogos 2022. Sama sama kita doakan kejayaan Terengganu!! 🔥#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/ShCn8qwC2i
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 30, 2022
Menurut Nafuzi Zain selaku pengendali Terengganu, beliau berharap agar para pemain lebih fokus dalam aksi menentang Sri Pahang di laman sendiri serta tidak mengambil mudah cabaran lawan.
Nafuzi juga berkata aksi di laman sendiri ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya mereka tidak lagi dihambat rasa kecewa seperti perlawanan lalu.
“Selepas keputusan seri dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) Rabu lepas, saya harap pemain berusaha bersunguh-sunguh mengutip tiga mata penuh di tempat sendiri. Perlu kumpul mata sebanyak mungkin untuk kekal di kedudukan selesa Liga Super,” katanya yang ditemui pada sesi latihan di Gong Badak, semalam menerusi Bernama.
Untuk rekod, Terengganu kini memperoleh 10 mata untuk berada di kedudukan ketujuh belakang Selangor daripada tujuh perlawanan telah dihadapi.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS11
Negeri Sembilan FC kembali ke tangga kedua liga. #LigaSuper2022 pic.twitter.com/x1apRSm0tc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 29, 2022
Dalam masa sama, Nafuzi juga mengingatkan para pemain agar sentiasa berwaspada dengan ancaman lawan dan memberi fokus sepenuh sepanjang perlawanan.
Berdasarkan pemerhatian beliau, jelas Sri Pahang pastinya ingin mencipta kebangkitan tersendiri setelah sebelum itu mereka mencatat keputusan tewas di tangan Sabah dan Negeri Sembilan.
🏴🏳️LS2022 | TERENGGANU FC VS N.SEMBILAN FC 🏴🏳️
📸 | Aksi-aksi perlawanan.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/DY708Bh9SY
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 30, 2022
“TFC dan Sri Pahang FC sama-sama dahagakan kemenangan. Masing-masing akan cuba memberi persembahan terbaik bagi mendapatkan mata.
“Saya akui kehadiran tiga pemain import baharu Sri Pahang FC pastinya menyukarkan tugas kita, namun pemain kita juga ada peranan dan kekuatan tersendiri,” katanya yang fokus memperbaiki kelemahan di bahagian serangan.
Musim ini Terengganu dilihat sedikit bergelut dari segi prestasi permainan dan menghadapi ketumpulan di jentera serangan.
Pada perlawanan lalu sewaktu menentang Negeri Sembilan, skuad kendalian Nafuzi ini melepaskan banyak deretan peluang untuk menjaringkan gol dan perkara tersebut menghadirkan rasa risau dalam kalangan penyokong.