Pengendali Terengganu iaitu Nafuzi Zain menyifatkan lawan mereka untuk aksi Piala Malaysia 2022, Sri Pahang sebagai sebuah pasukan berbeza dan tampil lebih bersedia berbanding dalam saingan Liga Super sebelum itu
Jelas Nafuzi, rentak pasukan tersebut kini berada dalam dalam keadaan terbaik menerusi beberapa kemenangan dicatat dalam aksi-aksi terakhir liga termasuk ketika mereka menewaskan Negeri Sembilan.
Persembahan terakhir untuk Liga Super 2022, Sri Pahang FC berjaya membawa pulang 3 mata penuh! #WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/NsntvHy5A4
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) October 15, 2022
Tambah Nafuzi, faktor perbezaan yang bakal ditampilkan pasukan yang dikendalikan oleh Dato’ Dollah Salleh itu juga termasuk kehadiran dua pemain naturalisasi baharu mereka iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.
Tambah pengendali muda berpotensi itu lagi, dua pemain tersebut dilihat mampu memberi impak besar dalam corak permainan Sri Pahang dalam aksi Piala Malaysia ini.
#BHsukan Dua pemain naturalisasi Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero bakal tampil buat kali pertama dalam kempen Piala Malaysia musim inihttps://t.co/sRlOHxqRIt
— Berita Harian (@bharianmy) October 18, 2022
“Sri Pahang yang bakal kita hadapi di saingan TM Piala Malaysia ini adalah merupakan pasukan yang berbeza dengan kelab kita hadapi di saingan Liga Super.
“Mereka kali ini bakal diperkuat dengan kehadiran Lee Tuck dan juga Sergio Aguero dan kelihatan mereka cukup bersedia untuk saingan pada kali ini,” jelas Nafuzi menerusi laman rasmi Terengganu.
Walaupun begitu, Nafuzi tetap percaya kepada barisan pemainnya sudah tentu sedar dengan situasi bakal dihadapi ini serta bakal memberikan aksi terbaik setelah membuat persediaan sebelum menghadapi hari perlawanan.
“Pasukan kita juga pada ketika ini sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi sekali lagi ‘East Coast Derby’ ini,” tambah Nafuzi.
Pada masa sama, Nafuzi juga memberi pendapat beliau mengenai pemansuhan peraturan jaringan di tempat lawan.
Terang beliau, ianya tidak banyak memberikan perubahan, namun perkara tersebut mampu mengurangkan rasa tekanan buat pasukan-pasukan bertanding.
Terengganu pada musim ini boleh dianggap cemerlang dalam saingan Liga Super, setelah mereka berjaya meraih gelaran naib juara saingan tersebut di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Malah, pasukan tersebut juga berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala FA setelah sekian kalinya sebelum tewas di tangan JDT untuk muncul sebagai naib juara musim 2022.
Bermula dari bawah, kita mendaki sehingga berada di kedudukan ini..
LUAR BIASA 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/4MtyuOSbc5
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 17, 2022
Untuk saingan Piala Malaysia ini, pastinya Terengganu antara pasukan yang diberi perhatian tinggi daripada pemerhati-pemerhati bola sepak berdasarkan prestasi semasa mereka yang dianggap sangat baik.