Nafuzi Zain Beri Penjelasan Isu ‘Kehilangan’ Jonathan Balotelli

Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah), Nafuzi Zain telah pun memberi penjelasan mengenai ketiadaan penyerang import kedua Sang Kenari iaitu Jonathan Balotelli sejak beberapa perlawanan ini.

Balotelli yang ditandatangani Kedah sejak awal musim 2023 merupakan salah satu rekrut baharu bawah kendalian Nafuzi Zain selepas pasukan itu membuat beberapa rombakan pemain tempatan serta import.

Sepanjang 16 perlawanan dihadapi Balotelli sebelum ini, pemain tersebut telah pun menyumbang empat jaringan secara keseluruhan dan tiga kali bermula dalam kesebelasan utama.

Namun, semenjak beberapa perlawanan terbaharu membabitkan Sang Kenari, kelibat penyerang tersebut tidak lagi kelihatan bersama pasukan dan mencetuskan tanda tanya.

Jelas Nafuzi, Balotelli kini masih lagi bergelar pemain Kedah dan beliau mengakui sukar untuk menyenaraikan pemain tersebut kerana persaingan sengit membabitkan tonggak-tonggak lain selain kekangan had import dibenarkan untuk sesuatu perlawanan.

“Sebab hanya lima pemain import sahaja boleh beraksi dalam sesuatu perlawanan, jadi sebab itu sukar untuk membuat pilihan, berbanding jika tujuh dibenarkan dan memang Balotelli akan berada bersama pasukan.

“Namun, sebab utama daripada segi kesesuaian posisi serta keperluan untuk bermain. Balotelli merupakan pemain yang sangat baik dan saya sendiri suka akan kualitinya.

“Cuma mungkin untuk kesesuaian setiap perlawanan itulah yang menyebabkan beliau tidak dapat beraksi. Saya sendiri merasa kecewa kerana tidak dapat menggunakan khidmatnya dan dia sendiri juga kecewa kerana tidak dapat bermain.

“Tetapi bagi saya kini keperluan utama pasukan lebih penting dan kita perlu membuat pengorbanan dan daripada segi motivasi beliau juga kini sangat okay dan dia sendiri menunggu peluang selepas ini untuk heraksi,” jelas Nafuzi.

Mengulas tentang perlawanan semalam membabitkan Kedah yang berjaya menewaskan Sri Pahang di Stadium Darul Aman untuk aksi Liga Super menerusi kemenangan 2-0, Nafuzi jelas sangat gembira.

Jelas Nafuzi perubahan permainan yang ditampilkan oleh barisan pemain beliau sangat ketara selepas mereka mengalami kekalahan mengejut sebelum itu di tangan Perak.

“Kalau kita lihat malam ini, para pemain itu sendiri beraksi dengan karakter serta mentaliti yang berbeza dan kalau kita lihat lawan malam ini merupakan Sri Pahang yang mempunyai kualiti pemain yang sangat bagus.

“Dan ianya bukan sesuatu mudah kerana jumlah mata kita sebelum itu bersama mereka juga sama dan aksi malam ini penting bermain dalam tekanan setelah tewas pada perlawanan sebelum ini.

“Jadi saya rasa faktor karakter para pemain itu sendiri yang mengubah keadaan permainan dan kalau kita daripada segi intensiti dan keinginan mereka itu sendiri serta kerja keras ditampilkan mereka tidak seperti perlawanan sebelum ini,” kata Nafuzi.

Menerusi kemenangan tersebut, kini Kedah berjaya mengukuhkan tempat di posisi ketiga dan hanya dibezakan tiga mata berbanding Selangor di kedudukan kedua Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN