Nafuzi Zain Ambil Alih Tugas Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC

Pep praises Khusanov for impressive Tottenham performance and dedication Loading official content
Pep praises Khusanov for impressive Tottenham performance and dedication
Pep Guardiola was full of praise for Abdukodir Khusanov after another solid performance from the young Uzbek defender.
0 seconds of 1 minute, 19 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:19
01:19
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot cites mental strength as Liverpool go 13 clear Postecoglou: 'Tottenham dominated in all areas in second half against Man City' Julián Álvarez applauds Atlético de Madrid's reaction vs Barça Arteta: 'I'm disappointed, we have to step up' Amorim feels Man United staff paying the price for poor on-field form Maresca: 'Tonight was very important' Postecoglou: 'City remains exceptional, A great test for Spurs' FC Barcelona 4-4 Atlético de Madrid: Insane Copa del Rey semi-finals first leg Arteta reveals reason why Arsenal season one of his proudest moments Williamson, Kelly, Russo and Co. training ahead Spain clash Chelsea fans protest against club hierarchy ahead of their clash against Southampton PSG prepares to face Stade Briochin in French Cup Behind the scenes: Photoshoot session with Pato and Cawor Top 5 Saves from the Opening Round of the 2025 MLS Guardiola hails the impact of Man City's January signings Conceição decides Derby d'Italia How long can Darwin Nunez juggle a tennis ball with his head? Behind the scenes: Madura United's goalless draw at Persib Johnston expects a difficult match ahead of Aberdeen visit Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farouk Husin mengesahkan bekas pemain skuad kebangsaan, Nafuzi Zain akan membimbing skuad Terengganu FC buat sementara waktu selepas ketua jurulatih pasukan itu, Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan kelmarin.

Tengku Farouk berkata dalam Harian Metro, pihaknya setakat ini masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatan berkenaan.

“Setakat ini, kita guna khidmat penolong jurulatih, Nafuzi Zain dulu kerana belum dibincangkan dengan lebih terperinci kerana isu ini masih baharu.

“Bagaimanapun, kita akan lihat macam mana calon yang sesuai untuk memikul amanah sebagai ketua jurulatih pasukan TFC selepas peletakan Irfan,” kata Tengku Farouk Husin.

Tengku Farouk bagaimanapun mengakui masih terkejut dengan keputusan Irfan Bakti letak jawatan selepas skuad penyu mengelami kekalahan memalukan kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) 3-5 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa lalu serta gagal mara ke separuh akhir Piala FA.

“Keputusan Irfan meletak jawatan adalah di luar jangkaan kami, beliau sendiri yang sukarela nak letak jawatan mengambil tanggungjawab atas persembahan hambar pasukan pimpinannya, kita semua pun terkejut.

“Bagaimanapun selepas mengambil kira semua aspek, kita bersetuju dan menghormati keputusan nekad beliau atas prestasi buruk pasukan,” katanya.

Nafuz Zain bakal memulakan tugas pertamanya sebagai jurulatih dalam perlawanan menentang FELDA United. FOTO: TFC

Mengulas mengenai pemilihan Nafuzi Zain sebagai pengendali sementara, Tengku Farouk berharap beliau dapat membimbing Terengganu FC mencatat kemenangan dalam perlawanan yang seterusnya untuk menyakinkan semula para penyokong.

“PBSNT mengharapkan TFC kembali bangkit terutama perlawanan dengan FELDA United Sabtu ini di tempat lawan dengan harapan pengendali sementara itu dan pembantunya mampu meningkatkan prestasi pasukan,” katanya.

Sepanjang melatih Terengganu FC, Irfan Bakti telah membawa pasukannya menjuara Piala FA pada tahun 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017, beliau memastikan Terengganu FC merangkul Naib Juara Liga Premier sehingga membawa pasukan ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia tahun lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN