Naby Keita Waspada Ancaman Chelsea, Harap Tuah Kemenangan Di Anfield Diteruskan

Keita

Pemain tengah Liverpool, Naby Keita berharap Anfield akan terus membawa tuah buat pasukannya menjelang aksi bertemu Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang akan berlangsung malam ini.

Liverpool satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam saingan EPL musim ini dengan mencatatkan 14 kemenangan dan 2 seri.

Bagaimanapun Keita menyedari, ia bukan satu tugas yang mudah buat Liverpool apabila melayan kunjungan Chelsea kerana kelab itu pernah berjaya menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield musim ini dalam kempen Piala Carabao, September 2018.

“Chelsea adalah sebuah pasukan besar, pasukan yang bermain bola sepak dengan baik dan pasukan yang sedang berada dalam prestasi, tetapi kami bermain di laman sendiri [Anfield]

”Kami akan melakukan segala yang termampu untuk memenangi permainan ini. Ia tidak akan menjadi mudah, tetapi kami akan cuba segala yang kami dapat lakukan untuk memperolehi kemenangan,” ulas Keita mengenai pertemuan dengan Chelsea.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 10: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Naby Keita of Liverpool arrives before the Premier League match between Liverpool FC and Burnley FC at Anfield on March 10, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by John Powell/ Liverpool FC via Getty Images)

“Chelsea tidak akan menjadikan perlawanan ini mudah. Mereka adalah satu pasukan yang akan datang memburu kemenangan di tempat kami. Tetapi kerana kami bermain di Anfield, kami akan mempunyai peminat di sana yang menyokong kami.”

“Saya fikir ia penting bagi kami, tetapi kami belum memenangi lagi (bertemu Chelsea), jadi kami akan melakukan segala yang kami boleh cuba untuk mengalahkan mereka.”

Gembira

Dua gol dalam dua perlawanan terakhir selepas tampil beraksi 27 perlawanan bersama Liverpool telah berjaya mengembalikan semula keyakinan para penyokong terhadap Keita.

Aksi Keita sebelum ini mendapat kritikan ramai apabila gagal menunjukkan permainan yang memuaskan selain dipalit dengan masalah kecederaan.

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 26: Ross Barkley of Chelsea is challenged by Naby Keita of Liverpool during the Carabao Cup Third Round match between Liverpool and Chelsea at Anfield on September 26, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Sudah tentu, saya fikir semua pemain, semua orang akan gembira apabila dapat menjaringkan gol pertama mereka,” jawab pemain kelahiran Guinea itu apabila ditanya wartawan mengenai dua jaringan yang telah berjaya dicipta untuk Liverpool.

“Tetapi bagi saya, perkara yang paling penting ialah pasukan dan saya sayangkan pasukan untuk memenangi setiap perlawanan yang kita mainkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN