Naby Keita Tambah Senarai Kecederaan Liverpool, Tapi Salah Kembali Jalani Latihan

Naby Keita Mohamed Salah Liverpool

Naby Keita menjadi pemain terbaharu yang masuk dalam senarai kecederaan Liverpool selepas beliau mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City pada Ahad.

Pemain tengah Guinea itu dikeluarkan pada minit ke-53 dan digantikan dengan Neco Williams dan sekaligus menyertai pemain lain seperti Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang berharap kecederaan Keita tidak terlalu serius dan beliau masih menanti keputusan daripada pasukan perubatan selepas pemain tersebut menjalani proses imbasan.

“Dia (Keita) merasakan kekejangan pada hamstringnya dan tidak mampu untuk terus bermain, jika tidak memang saya mahu dia terus berada di padang,” kata Klopp.

Beberapa pemain utama yang sebelum ini dilaporkan cedera sudah pun kembali beraksi pada Ahad lalu seperti Fabinho dan Andy Robertson. Manakala kapten Jordan Henderson dan Thiago Alcantara masih dalam pemerhatian.

Dalam perkembangan lain, pengurus warga Jerman tersebut turut mengesahkan penyerang utamanya, Mohamed Salah yang dijangkiti wabak COVID-19 ketika tugasan antarabangsa di Mesir akan kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Beliau yang terlepas aksi pada hujung minggu lalu telah pun menjalani ujian saringan susulan yang menunjukkan beliau negatif dan disahkan bebas daripada virus tersebut.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1330804079749177346?s=20

“Itu apa yang saya dengar, negatif. Jadi saya rasa tiada masalah untuk turun menjalani latihan bersama kami semua kerana saringan itu dibuat pada dua hari lepas,” katanya lagi.

“Pada Isnin ini kami semua perlu menjalani saringan bersama UEFA pula. Saya yakin dia tiada masalah untuk itu.”

Liverpool akan melayan kunjungan Atalanta untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu ini dan Salah dijangka akan diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

EPL 2020/21: Tiga Tandukan Hadiahkan Kemenangan Selesa Buat Liverpool

5 Pemain Pertahanan Yang Liverpool Patut Beli Januari Ini

Frank Lampard: Jurang Dengan Liverpool & Man City Masih Jauh, Kami Perlu Merendah Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN