Naby Keita: “Sadio Mane Mainkan Pengaruh Besar Dalam Perpindahan Saya Ke Liverpool”

Naby Keita akhirnya telah pun diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Liverpool.

Pemain yang bakal menyarung jersi nombor 8 itu berpindah dari kelab Bundesliga – RB Leipzig.

Disebalik perpindahan yang telah dimeterai lama itu, Keita mengakui pemain Senegal iaitu Sadio Mane memainkan peranan penting dalam perpindahan ini.

Menurut beliau, Mane banyak memberikan pengaruh kepada Keita untuk menerima tawaran dan menyertai Liverpool.

“Saya memilih Liverpool kerana mereka adalah pasukan yang sering saya tonton dan saya banyak bercakap dengan Sadio Mane mengenainya.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Sadio Mane of Liverpool runs with the ball during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Keita banyak meminta pandangan mengenai Liverpool daripada Mane kerana di luar padang, kedua-dua pemain ini merupakan teman rapat sejak beraksi di Austria.

Sebelum ini, Keita dan Mane pernah beraksi bersama di RB Salzburg.

“Selepas tamat latihan, kami selalu pulang ke rumah bersama.”

“Beliau merupakan kawan baik saya semasa di Austria, dan saya tak sabar nak jadi rakan sepasukan beliau di Liverpool.”

Selain Mane, Keita akui beliau teruja dengan pelan yang ingin dibawa oleh Jurgen Klopp dalam usaha memburu kejuaraan musim hadapan.

“Saya juga ada bercakap dengan Jurgen Klopp, beliau ada bercerita kepada saya mengenai projek pasukan pada musim hadapan dan saya bermotivasi untuk ke Liverpool kerana itu.”

Keita merupakan antara pemain yang dianggap pemain handalan di Bundesliga, dan kerana itu Liverpool membuat keputusan untuk mengaktifkan klausa perlepasan pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN