Naby Keita Antara Yang Terperangkap Di Guinea Selepas Berlakunya Rampasan Kuasa

Liverpool kini sedang dalam usaha untuk terus berhubung dengan Naby Keita dan pihak berkuasa yang berkenaan di Guinea selepas berlakunya rampasan kuasa ketenteraan.

Keita yang kini berusia 26 tahun sebelum ini kembali menyertai skuad kebangsaannya untuk tugasan antarabangsa.

Beliau kemudiannya terperangkap selepas sekumpulan tentera membuat rampasan kuasa dan menahan Presiden Guinea, Alpha Conde.

Turut berlaku kejadian tembak menembak selama beberapa jam di sekitar kediaman Presiden pada hujung minggu lalu, yang menyebabkan aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia Guinea bertemu Morocco terpaksa ditangguh.

Insiden tersebut turut melibatkan beberapa pemain lain seperti bintang Wolves, Romain Saiss, gandingan Imran Louza dan Adam Masina dari Watford, Ilias Chair dari QPR dan pertahanan Paris Saint Germain, Achraf Hakimi.

Bintang Chelsea, Hakim Ziyech tidak terjejas memandangkan beliau telah disingkirkan dari skuad kebangsaan Morocco sebelum berlakunya insiden tersebut.

Namun, dengan kesemua sempadan ditutup, pelawat dihantar semula ke lapangan terbang selepas rundingan antara kedutaan dan tentera membenarkan mereka untuk pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Keita masih kekal terperangkap di Guinea namun beliau dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan kelabnya sedang berusaha mencari jalan untuk membawa beliau kembali pulang ke Merseyside.

“Kami sedang terus menerus berhubung dengan Naby Keita dan ada perhubungan dengan dia menerusi wakil skuad kebangsaannya.”

Jelas juru cakap Liverpool dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PA News agency.

“Kami berasa lega selepas mengetahui yang dia selamat dan berada dalam lindungan yang terjamin.”

“Jelas sekali, situasi sekarang baik-baik saja dan kami akan terus berhubung dengan pihak berwajib dan berusaha untuk membawa dia kembali ke Liverpool dalam masa terdekat dengan penuh selamat.”

https://twitter.com/AnfieldFootball/status/1434646475057860617?s=19

Tentera Guinea mendakwa yang mereka telah berjaya menggulingkan pimpinan Conde dan kerajaan dibawahnya, dan mereka turut menutup semua laluan untuk keluar dari negara tersebut.

Pasukan tentera yang melakukan rampasan kuasa tersebut difahamkan merupakan anggota dari ‘elite national army’ yang diketuai oleh bekas legionnaire Perancis, Kolonel Mamady Doumbouya.

Doumbouya muncul di kaca TV dengan beliau ketika itu dikelilingi oleh tentera bersenjata pada hujung minggu lalu, dengan beliau menyatakan yang beliau bersama sekutunya akan membentuk kerajaan peralihan.

Keadaan di Guinea pada ketika jni masih terkawal dan kerana itu pihak Liverpool yakin Naby Keita dalam keadaan baik-baik sahaja.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1434823053440176129?s=19

The Reds akan berusaha sehabis daya mereka untuk membawa Naby Keita kembali ke Merseyside dan menyertai sesi latihan bersama pemain lain.

Naby Keita sering amalkan berdoa untuk semua pemain setiap kali sebelum perlawanan, dan di waktu beliau dalam keadaan seperti ini, lebih baik kalau semua orang mendoakan keselamatan beliau.

Semoga beliau berada dalam keadaan baik-baik senantiasa dan bakal kembali ke bumi Merseyside dengan selamat.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN