Mutu Pengadilan Lemah Atau Segelintir Penyokong Kedah Yang Bodoh?

Penyokong Kedah Pengadil

Media sosial masih hangat membincangkan insiden dua layangan kad merah oleh pengadil utama Mohd Azizan Sat Ariffin kepada pasukan Kedah ketika tewas kepada PDRM dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu, pemain import Manuel Ott terlebih dahulu diarahkan untuk keluar padang pada minit ke-60 selepas didakwa menumbuk pemain pertahanan PDRM.

Bagaimanapun layangan kad merah kepada ketua jurulatih skuad Sang Kenari, Nafuzi Zain 10 minit kemudian menimbulkan persoalan kerana tidak terpapar di kaca televisyen.

Namun terdapat satu video yang sempat dirakam dari tempat duduk penonton yang menunjukkan tindakan jurulatih berusia 44 tahun itu mencekak leher pengadil keempat, Abdul Halim Mohd Ramlan di tepi padang.

Ia jelas merupakan satu kesalahan besar dan pastinya keputusan pengadil untuk menghukum Nafuzi adalah tindakan yang amat tepat.

Prestasi pengadil dalam mengawal perlawanan seharusnya mendapat pujian kerana tiada sebarang tindakan yang boleh dianggap ‘berat sebelah’. Secara keseluruhan mutu pengadilan adalah memuaskan.

Namun begitu, akibat sikap fanatik melampau, segelintir penyokong Kedah telah bertindak di luar batasan. Selepas tamat perlawanan ratusan penyokong telah berhimpun di luar stadium menantikan pengadil perlawanan dan menghamburkan makian.

Tidak cukup dengan itu, beberapa akaun media sosial yang kononnya penyokong fanatik telah bertindak melemparkan kata-kata kesat kepada pengadil. Lebih teruk lagi, sebuah akaun dengan menggunakan nama Muhammad Anuar telah mengugut mahu merogol isteri pengadil secara beramai-ramai.

Meskipun tindakan biadab ini hanya dilakukan oleh segelintir penyokong, namun ianya sudah pasti mencemarkan nama Kedah itu sendiri.

Adakah kebodohan ini yang mahu dibanggakan oleh penyokong bola sepak Malaysia? Adakah budaya melampau ini yang mahu diwariskan kepada generasi baharu peminat bola sepak?

Hentikan budaya negatif ini segera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN