Mustafi Ikrar Setia & Mahu Berjuang Bersama Arsenal, Meskipun Mendapat Tawaran Kelab Lain

Shkodran Mustafi antara pemain yang dikaitkan dengan beberapa kelab lain dalam jendela perpindahan kali ini. Antaranya adalah AS Monaco dan juga AS Roma.

Roma mencari bek tengah baharu untuk mengisi ketiadaan Kostas Manolas yang pergi menyertai Napoli. Sementara AS Monaco adalah kelab yang ketika ini dikatakan paling berminat dengan Mustafi.

Kontrak semasa Mustafi akan berakhir pada Jun 2021. Arsenal meletakkan valuasi £27.5 juta ataupun €30 juta untuk pemain tersebut. AS Monaco dilaporkan setuju untuk membayar €30 juta juta untuk pemain tersebut.

Arsenal sudah mendapatkan William Saliba, tetapi pemain itu dipinjamkan semula ke St. Etiene.

Kapten The Gunners pula, Laurent Koscielny tempoh hari mogok tidak mahu menyertai pra musim dan masih mendesak mahu keluar daripada kelab.

Walaubagaimanapun, Arsenal tetap membuka pintu kepada Mustafi untuk dibida kelab lain sama ada untuk pembelian secara tetap ataupun pinjaman.

Ini kerana wang penjualan Mustafi boleh digunakan untuk membida pemain lain dalam beberapa minggu terakhir jendela perpindahan.

Menurut David Ornstein, sumber tersebut mengesahkan bahawa Mustafi berikrar akan terus setia dan kekal bersama dengan Arsenal – meskipun kelab mempertimbangkan tawaran untuk pemain itu.

Mustafi jelas sekali mahu membuktikan dirinya bersama dengan The Gunners.

Tetapi, Mustafi tidak tertarik langsung dengan sebarang tawaran daripada kelab luar termasuk dari Itali.

Seterusnya, ejen kepada Mustafi, yang juga ayahnya mengesahkan, tiada apa-apa perkembangan baharu dalam isu tersebut.

Portal Roma News menghubungi ayahnya, yang merupakan ejen kepada Mustafi. Beliau berkata: “Ianya hanyalah berita [biasa] bagi saya. Tiada apa yang berubah ketika ini. Tiada sebarang ‘contact’ daripada Roma mahupun kelab Itali yang lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN