Muslim Ahmad Antara Yang Tinggalkan Sri Pahang, Adakah Ini ‘Panggilan’ Kim Swee Lagi?

Ong Kim Swee Muslim Ahmad Sabah FC 2022

Langsung tidak disangka-sangka, kapten Sri Pahang musim ini, Muslim Ahmad akan tinggalkan pasukan pada penghujung musim ini selepas melalui lima musim bersama mereka dan adakah ia ‘panggilan’ Kim Swee?

Rombakan memang sudah dijangka sejak awal apabila dikhabarkan ‘kerusi’ panas pengendali mereka menjadi rebutan antara tiga jurulatih. Namun, sebagai pemain senior dan sudah serasi bersama Sri Pahang, agak janggal melihat pengumuman Muslim Ahmad mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan tersebut.

Ketika dikatakan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee cuba mendapatkan beberapa tonggak lamanya ketika membimbing skuad B-23 dan skuad kebangsaan untuk ke negeri di bawah bayu, namanya tidak disebut langsung. Mungkin ramai menjangkakan sukar buatnya untuk meninggalkan pasukan sejak sekian lama.

Kini, dengan secara rasminya, laman Facebook Sri Pahang telah mengumumkan bahawa kapten mereka itu bakal meninggalkan pasukan. Ia meninggalkan pelbagai kesan kepada penyokong yang menerimanya dengan perasaan bercampur-baur. Ya, rombakan terlalu besar dengan 14 pemain diumumkan telah dilepaskan.

“Kelibat Muslim Ahmad juga pastinya dirindui, setelah menjadi tunjang di benteng pertahanan sejak lima tahun lalu mengemudi benteng dengan penuh yakin, dan memakai lilitan kapten di lengan pada tahun ini, akhirnya tiba masa untuk Muslim mencari angin baru,” titip kenyataan rasmi daripada pengurusan pasukan pada Jumaat.

Sejak 2017, Muslim Ahmad telah tampil sebanyak 73 kali dalam saingan Liga Super, malah beliau telah dilantik sebagai kapten pasukan musim ini. Beliau tiba ke Darul Makmur dari Kelantan yang menamatkan musim 2016 di kedudukan ke-4 liga. Ia juga berlaku selepas Presiden, Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatannya.

Muslim Ahmad merupakan tonggak penting Kim Swee ketika meraih pingat emas Sukan SEA 2011. Setakat ini, Baddrol Bakhtiar merupakan satu-satunya pemain daripada skuad emas ini yang telah sah ke Sabah. Kita masih menanti perkhabaran status dua pemain lagi iaitu Irfan Fazail dan Khairul Fahmi Che Mat selepas ini.

Untuk skuad kebangsaan, sudah agak lama kelibatnya tidak kelihatan apabila kali terakhir tampil beraksi pada Jun 2015. Sejak bersama Sri Pahang, beliau tidak lagi mendapat panggilan untuk bersama Harimau Malaya walaupun membuat penampilan pertamanya di usia yang sangat muda iaitu 19 tahun iaitu pada 2009.

Dengan ketandusan bek tengah dilalui skuad kebangsaan, beliau tetap tidak dipandang. Kini di usia 32 tahun, beliau masih boleh dipanggil oleh skuad kebangsaan, tetapi dengan kemunculan pemain-pemain muda baharu di bek tengah saat ini, mungkin kariernya bersama skuad kebangsaan boleh kita anggap sudah pun berakhir.

Adakah Muslim Ahmad sedang menuju ke Kota Kinabalu untuk satu lagi karier baharunya bersama bekas pengendalinya, Kim Swee? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai masa depannya nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN