Musim Tengkujuh Sukarkan Pemilihan SSMZA Sebagai Venue Piala AFF 2022?

SSMZA musim tengkujuh anjur Piala AFF 2022

Mungkin satu penghargaan apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tersenarai sebagai calon penganjuran kejohanan Piala AFF 2022.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenarai pendek empat stadium sebagai alternatif menjadi tuan rumah saingan Piala AFF 2022 nanti.

Piala AFF akan dilangsungkan secara tidak berpusat dengan aksi peringkat kumpulan bakal berlangsung sebagaimana peringkat separuh akhir dan pentas akhir dilangsungkan sebelum ini iaitu format ‘home’ dan ‘away’.

Dua perlawanan peringkat kumpulan yang akan dilangsungkan di Malaysia adalah berdepan Laos pada 24 Disember 2022 dan berdepan Singapura pada 3 Januari 2023. Dua lagi aksi iaitu berdepan Myanmar (21 Disember) dan Vietnam (27 Disember)  akan dilangsungkan di gelanggang lawan.

FAM Senarai 4 Venue Alternatif Piala AFF 2022 Selain Bukit Jalil, Stadium Manakah Pilihan Terbaik?

Empat stadium yang dicalonkan oleh FAM sebagai alternatif menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Stadium Hang Jebat, Melaka dan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

SNBJ tidak dapat digunakan atas faktor jadual penggunaannya yang terlalu padat selain telah menerima tempahan pihak tertentu pada hujung tahun.

Melihatkan calon-calon yang berada di tangan FAM ketika ini, terdapat kemungkinan yang salah satunya kita boleh katakan bakal tersingkir.

Ini kerana, musim tengkujuh di Pantai Timur pada hujung tahun dijangka akan menyukarkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dipilih.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mereka meramalkan empat hingga enam episod hujan berterusan akan berlaku bermula pada November hingga Mac tahun depan berikutan peralihan Monsun Timur Laut (MTL). Ini akan membawa hujan lebat ke negeri-negeri Pantai Timur.

“Sepanjang tempoh MTL, empat hingga enam episod hujan berterusan dijangka berlaku hingga menyebabkan cuaca lebih lembap dari musim lain.”

“Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku untuk beberapa hari terutama di negeri-negeri pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.”

Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah MetMalaysia

Walaupun stadium tersebut memiliki kualiti padang yang baik dan mampu untuk melangsungkan perlawanan dalam keadaan hujan lebat, masalah lain pula mungkin akan menjejaskan penganjurannya. Stadium tersebut tidak berbumbung dan mungkin akan menjejaskan kehadiran penyokong.

Malah sekitar Jun lalu, ketika perlawanan Terengganu menentang Negeri Sembilan, salah satu kawasan penyokong lawan didapati telah ditakungi air sehingga ke paras peha. Tidak dapat dipastikan sama ada masalah dan isu tersebut telah diselesaikan atau tidak oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Jadi, adakah potensi SSMZA untuk menganjurkan Piala AFF semakin pudar dengan situasi ini? Kita juga tahu, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon sukakan ‘gema’ penyokong di stadium terutamanya sorakan Ultras Malaya (UM). Adakah musim tengkujuh sesuai untuk penyokong turun?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN