Tidak ada siapa pun berhak mempersoalkan bahawa Liverpool telah memberikan segala-galanya untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris. Namun menurut pengurus pasukan, Jurgen Klopp, mengakhiri musim ini hanyalah langkah pertama buat kelab Merseyside itu.
Skuad The Reds menewaskan Wolves 2-0 dan menamatkan musim dengan 97 mata – mata tertinggi dalam sejarah mana-mana naib juara di kalangan lima liga utama di eropah.
“Kami mahu menulis sejarah tersendiri, dan kami sudah melakukannya,” ujar Klopp kepada BBC.
“Pasukan ini telah mempamerkan peningkatan besar pada musim ini. Kami telah menunjukkan peningkatan yang ketara sejak beberapa musim lalu.”
“Pemain-pemain ini memberi tekanan kepada diri mereka sendiri untuk mencapai tahap baru dalam permainan mereka. Saya sukakan itu. Dan hal pembangun dan peningkatan prestasi [sebagai sebuah pasukan] belum tamat.
“Ia adalah percubaan pertama. Ini adalah salah satu skuad terbaik yang pernah beraksi untuk Liverpool; 100%,” tambah beliau lagi.
“Selagi Manchester City terus diperkuatkan dengan keduduka n kewangan mereka, tidak ada pasukan mampu menggugat mereka dengan mudah. Untuk itu, kami harus melalui musim yang hampir sempurna untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.
Kali terakhir Liverpool muncul juara ialah pada 1990. Kelab Merseyside ini kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke perlawanan akhir UEFA Champions League pada 1 Jun hadapan.
Liverpool menamatkan musim di tangga ke-4 pada musim lalu, berada 25 mata di belajang juara, City. Musim ini mereka memberi tekanan kepada skuad Pep Guardiola sehingga ke hari terakhir perlawanan – sebelum menamatkan musim 1 mata di belakang.
Pada satu ketika – untuk tempoh 10 minit – ia seolah-olah kejuaraan akan beralih ke Anfield, dan gol pendahuluan Brighton ke atas Manchester City disambut dengan meriah di stadium keramat tersebut.
City mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 4-1.