Murphy: Everton Perlu Berhati-Hati, Liverpool Ibarat ‘Haiwan Yang Cedera’

Everton Liverpool

Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy mengingatkan kepada kem Everton supaya berhati-hati dengan ancaman yang bakal diberikan The Reds pada Derbi Merseyside, hujung minggu ini.

Murphy menganggap Liverpool yang dibelasah 2-7 pada perlawanan minggu lalu sebagai sebuah pasukan terluka dan pastinya mahu segera bangkit daripada episod hitam tersebut.

Musuh tradisi setempat itu akan beraksi sesama sendiri di Goodison Park pada 17 Oktober ini dan ia bakal menjanjikan aksi lebih menarik berikutan prestasi Everton juga semakin menunjukkan peningkatan.

Everton pada ketika ini masih mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 selepas menundukkan Tottenham Hotspur, West Bromwich Albion (WBA), Crystal Palace dan Brighton.

Prestasi dan momentum cemerlang tersebut membolehkan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menghuni tangga teratas liga, berkelebihan tiga mata di belakang Aston Villa yang masih kekurangan satu perlawanan.

Murphy yang pernah beraksi bersama Liverpool selama tujuh musim melihat Everton perlu berwaspada dengan cabaran Liverpool berikutan kualiti serta status hebat dimiliki juara bertahan itu.

”Untuk pertama kalinya selama bertahun-tahun, separuh daripada bandar ini yang berwarna biru [merujuk kepada Everton] akan menghadapi perlawanan ini dengan mengharapkan kemenangan tetapi dalam bola sepak, anda perlu berhati-hati, terutama apabila berhadapan pasukan sebaik Liverpool.”

”Kita semua tahu bahawa anak buah Jurgen Klopp memiliki ketahanan dan kaakter hebat selain kualiti yang jelas,” ujar Murphy menurut laporan Goal.

”Mereka telah melepasi setiap halangan sejak beberapa tahun ini dan bangkit daripada kekalahan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah [bertemu Real Madrid], apalagi pada satu perlawanan liga di Villa Park.”

”Sekiranya saya berada dalam bilik persalinan pasukan biru itu, saya akan mengatakan berhati-hati dengan haiwan yang cedera, terutamanya Sadio Mane, Jordan Henderson dan Thiago Alcantara yang pastinya akan kembali.”

Kredit featured image: Jan Kruger/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Derbi Merseyside:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN