Mungkinkah Brad Maloney Calon Paling Sesuai Kemudi Harimau Malaya?

Hari demi hari, debaran makin terasa dalam kalangan peminat Harimau Malaya untuk mengetahui status jurulatih terbaharu skuad kebangsaan yang dijangka bakal diumumkan pada masa terdekat.

Menerusi perkongsian portal-portal sukan lain sebelum ini, calon jurulatih Harimau Malaya dilaporkan berasal dari Australia dan memiliki pengalaman cukup luas dalam dunia bola sepak Asia.

Beberapa nama jurulatih sudah pun kini mula disebut selaku calon baharu untuk menggantikan khidmat Pau Marti Vicente tidak lama sahaja lagi.

Harapan peminat sudah tentu kini setinggi gunung, kerana mereka mengharapkan bentuk perubahan cukup positif buat bola sepak di Malaysia yang kini dianggap sedikit ketinggalan.

Revolusi yang didendangkan sejak beberapa minggu lalu kini menjadi bentuk perbincangan dalam kalangan peminat menerusi media sosial sehingga topik jurulatih dan pemain baharu menjadi titik utama.

Jika Harian Metro menyatakan Peter Cklamovski serta Arthur Papas selaku antara calon jurulatih kebangsaan, Scoop pula meletakkan nama John Hutchinson bakal mengemudi Harimau Malaya menerusi sumber mereka peroleh.

Kami di Semuanya BOLA pula meneka Ange Postecoglou mungkin menjadi calon sesuai selaku jurulatih Harimau Malaya memandangkan nasib beliau bersama Tottenham Hotspur juga dianggap terkontang kanting serta dirinya memiliki hubungan baik bersama Tim Cahill.

Tetapi, terlintas juga di fikiran penulis mengenai salah seorang jurulatih kelahiran Australia ini yang mungkin turut menjadi salah satu calon selaku pengendali Harimau Malaya iaitu Brad Maloney.

Menerusi ciri jurulatih baharu lalu pernah dikongsikan, Brad dianggap memenuhi kehendak tersebut serta ‘harga’ untuk menandatangani beliau mungkin tidak semahal calon-calon lain di atas.

Salah satu kelebihan Brad yang dianggap sangat kukuh untuk menerajui kejurulatihan skuad senior Harimau Malaya sudah tentu kepada pengalaman beliau terdahulu yang pernah menjadi pengendali skuad pembangunan kebangsaan.

Sejak 2014 menapak di Malaysia selaku pembantu jurulatih skuad senior dan bawah 23 (B-23), Brad juga pernah menjadi pengendali utama skuad B-19 serta B-23 pada tahun 2019 hingga 2022.

Ketika ini, pencapaian Brad dianggap cukup menyakinkan bersama skuad B-17 Australia menerusi beberapa siri kemenangan diraih pada pentas Asia serta membantu skuad B-16 negara itu meraih kejuaraan AFF musim 2024.

Sentuhan Brad jelas masih berbisa dan beliau memiliki idea terbaik selaku jurulatih untuk mengembangkan potensi pemain di pentas antarabangsa menerusi hasil kerja dirinya kini bersama Australia.

Maka, ada kemungkinan juga nama beliau layak diletakkan selaku calon terbaharu jurulatih skuad Harimau Malaya dan segala pencapaian beliau dilihat sebagai aset terbaik untuk mengemudi negara.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN