Mungkin Pemain Berdarah Malaysia Ini Mampu Selesaikan Isu Ketajaman Man United

Penyerang muda berusia 18 tahun, Ethan Wheatley ketika ini berjaya muncul selaku pemain ke-250 daripada produk Manchester United yang mencipta penampilan sulung untuk pasukan senior dan mempunyai masa depan cerah bagi menjadi bintang seterusnya.

Musim ini menyaksikan gergasi England itu menghadapi pelbagai isu di atas padang dan paling mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada posisi serangan mereka yang dianggap tumpul.

Malah, kelibat Scott McTominay pula kadangkala mendahului pemain serangan utama daripada segi jumlah jaringan kebanyakan perlawanan dihadapi Man United sehingga menimbulkan kritikan ramai mengenai kualiti barisan hadapan utama kelab tersebut.

Dalam saingan English Premier League (EPL), The Red Devils menjadi antara pasukan yang sangat kurang menghasilkan gol untuk berada sebaris bersama Bournemouth, Brighton, serta Brentford.

Musim pertama Rasmus Hojlund di England juga tidak begitu baik selepas beliau masih cuba untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai perkara di atas padang.

Sementara Antony Martial masih lagi menghadapi isu kecederaan serta isu konsistensi ditampilkan Marcus Rashford sangat mengecewakan ramai peminat.

Namun, Man United sebenarnya mungkin sudah menemui solusi terbaik mereka tanpa perlu melihat jauh untuk mendapatkan penyerang klinikal lain di hadapan gol dengan melihat Wheatley selaku harapan baharu.

Untuk rekod, Wheatley dilahirkan di Stockport, di mana tempat tersebut menjadi begitu terkenal di Manchester kerana menghasilkan ramai bakat-bakat muda terkenal kini seperti Kobbie Mainoo serta Phil Foden.

Laporan terdahulu ada menyatakan Wheatley mempunyai pertalian darah bersama Malaysia menerusi neneknya serta turut berpeluang untuk wakili skuad kebangsaan England.

Ketika ini, Wheatley sudah pun mempunyai rekod beraksi untuk skuad bawah 17 (B-17) England dan belum pernah dipanggil bersama skuad utama negar tersebut.

Beliau memulakan karier dalam dunia bola sepak sejak masih kecil dan menandatangani kontrak profesional pada tahun 2022 ketika berusia 16 tahun.

Selepas mengharungi pelbagai pengalaman, Wheatley kini dilihat begitu selesa bersama skuad B-18 Man United dan paling diingati ketika beliau meledak hatrik sewaktu berdepan Liverpool B-18.

Perjalanan Wheatley semakin menarik selepas beliau turut dipanggil skuad utama Man United bawah kendalian Erik ten Hag untuk aksi separuh akhir Piala FA lalu menentang Coventry City di Wembley.

Detik paling ditunggu pastinya ketika Erik memanggil beliau ke Old Trafford dalam aksi liga selepas Wheatley dibawa masuk menggantikan Hojlund pada masa tambahan selepas mereka mencipta kemenangan 4-2.

Melalui laman Goal.com, Wheatley turut mengakui United sebagai sebuah pasukan yang kaya dengan sejarah selain berkongsikan pengalaman indah bersama rakan sepasukan senior terutama Bruno Fernandes.

“Bruno menyatakan kepada saya beliau hanya mempunyai sembilan minit untuk mencuba dan bantu saya memperoleh gol. Saya cuba sebaik mungkin tetapi gagal memperolehinya. Tetapi harapnya saya mampu mendapatkan gol masa akan datang,” luah Wheatley dengan gembira.

Kekuatan utama Wheatley

Pemain muda ini tampil begitu menakjubkan dengan meledak 22 gol secara keseluruhan untuk skuad B-18 dan B-21 bagi semua perlawanan dihadapi.

Kelebihan Wheatley terarah kepada kemampuan dirinya meledak gol dari pelbagai arah serta berkeupayaan tinggi mencipta jaringan daripada kedua belah kaki.

Kesedaran tinggi beliau dalam pelbagai situasi permainan dihadapi dan reaksi pantas dipamerkan Wheatley menjadi aset utama mengapa dirinya mudah mengatasi pertahanan lawan.

Corak permainannya juga mirip Danny Welbeck daripada segi gerakan di atas padang selain mempunyai kemahiran meledak gol dari sudut sukar seperti Mason Greenwood.

Peluang bersama skuad utama Man United?

Wheatley dilihat memiliki masa depan cerah ketika ini untuk terus bersama kem utama United selain terus menabur bakti buat pasukan pembangunan kelab tersebut.

Kecederaan Martial kini meletakkan Hojlund seorang sahaja pemain serangan utama dan ia peluang terbaik buat Wheatley untuk cuba mendapatkan tempat bersama pasukan senior.

Malah, ada kemungkinan Ten Hag bakal membawa Wheatley bersama-sama beliau bagi kempen pramusim akan datang dan sudah tentu segala bentuk kelemahannya akan diperbaiki pengurus berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN